Pilihan di tangan anda
Dapatkan ilmu melalui pembelajaran dan pengalaman. Dan bersabarlah menempuh segala kesukaran. Sekiranya anda memilih yang terbaik, anda pasti memperolehinya. Dan sekiranya anda berusaha menjauhi keburukan anda juga pasti terlindung dari segala keburukan dan kejahatan. Pilihan ditangan anda.
Allah swt telah menganugerahkan otak yang fungsinya sungguh ajaib untuk manusia berfikir dan menentukan hala tujunya. Allah swt juga telah menurunkan wahyu melalui al-Quran al-Karim yang menjadi pedoman dan petunjuk untuk menusia. Rasulullah juga telah mengajar manusia untuk membuat pilihan yang tepat untuk menjalani hidup serta mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Maka pilihan di tangan anda.
Selasa, 31 Mei 2011
Isnin, 30 Mei 2011
Iman dan ilmu bersatu
Iman dan ilmu bersatu
Apabila iman dan ilmu disatukan maka tujuan hidup akan sempurna dan lengkap. Kehormatan manusia akan terpelihara melalui akhlak yang mulia dan diridai Allah.
Seorang intelektual yang tinggi ilmunya tidak bermakna ia seorang yang baik dan berakhlak tanpa mempunyai iman yang teguh yang dapat membentuk peribadinya selaras dengan tuntutan Islam. Hanya iman dan taqwa sahaja dapat menjadikan seorang insan itu mulia disisi Allah dan masyarakat kerana dengan memahami konsep keimanan ia akan terus belajar dan menambah ilmu untuk keperluan dunia dan bekalan hari akhirat nanti.

Jumaat, 27 Mei 2011
Belajar jangan gopoh
Belajar jangan gopoh
Sentiasalah berhubung dengan guru untuk mendapatkan ilmunya, walaupun sedikit tetapi ambillah apa yang dia miliki sehingga anda mendapat ilmu yang lebih banyak. Anda mesti menghormati dan mengkaguminya. Anda mesti menumpukan perhatian kepada para intelektual dan hasil karya mereka. Belajarlah dengan sabar, jangan gopoh. Sesiapa yang merasa seronok berjalan untuk mencari ilmu maka ia akan mendapat kemuliaan dan penghormatan dari orang sekeliling. Sesiapa yang tidak berusaha sudah tentu dia tidak akan berjaya.
Apabila merasa susah untuk memahami sesuatu, jangan dibiarkan. Teruskan bertanya guru untuk memahaminya dengan jelas. Sebenarnya guru lebih suka menjawab pertanyaan muridnya kerana ini menunjukan bahawa murid itu begitu berminat terhadap pelajaran.

Khamis, 26 Mei 2011
Musuh manusia
Musuh manusia ada tiga:
-kebodohan
-nafsu
-syaitan
Musuh ini boleh dijauhi dengan cara belajar jangan berhenti. Apabila cerdik maka nafsu boleh dikawal dan syaitan akan segera menjauhi orang yang buang nafsu jahatnya.
Mengingati Allah itu akan memberi ketenangan dan kegembiraan pada hati dan memurahkan rezeki. Al-Qur'an merupakan penyuluh hidup, hadith adalah pedoman hidup dan ilmu pengetahuan adalah pelengkap kehidupan.

Rabu, 25 Mei 2011
Jahat kerana kurang iman
Jahat kerana kurang iman
Pertambahan ilmu mesti selari dengan pertambahan iman. Kerana kejahatan yang dilakukan oleh manusia bukan kerana kurangnya ilmu tetapi kerana kurangnya iman.
Orang yang pandai dan bijak tidak semestinya berakhlak baik. Akhlak yang baik adalah disebabkan mengikut apa yang telah digariskan oleh Allah swt dan yang diajarkan oleh Nabi Miuhammad saw.

Selasa, 24 Mei 2011
Kebebasan berfikir
Kebebasan berfikir
Manusia diberi kebebasan berfikir sebagai kehormatan agama Islam kepadanya. Islam menempatkannya pada kedudukan yang tinggi.
Allah swt telah meletakan alat yang paling canggih di dalam kepala manusia iaitu dinamakan otak. Otaklah yang mengatur dan mengendalikan kehidupan manusia. Zat-zat kimia atau hormon yang dihasilkan otak berkait rapat dengan emosi kita. Kalau hati kita baik maka baiklah fikiran kita, tapi kalau hati kita busuk penuh dengan perasaan hasad dengki maka otak akan bertindak dengan perasaan sedemikian.
Setelah hati dididik dengan didikan Islam yang sempurna barulah kita bebas berfikir untuk membezakan baik dan buruk.

Khamis, 12 Mei 2011
Manusia buruk
Manusia buruk
Manusia yang paling buruk disisi Allah ialah orang yang tidak mahu mendengar, tidak mahu menuturkan dan tidak mahu memahami kebenaran.
Mereka tidak mahu mendengar kebenaran dan nasihat. Mereka tidak mahu menyatakan yang benar dan betul. Mereka tidak mahu memahami perkara yang sebenarnya. Mereka hanya mahukan hiburan dan kehidupan yang santai. Bahkan mereka tidak mahu memikirkan kehidupan masa depan.
Mereka diibaratkan seperti binatang peliharaan atau binatang ternak, walaupun dikurung dalam kandang yang hanya ditutupi dengan pelepah kelapa namun mereka tidak mampu melepaskan diri dari kurungan itu kerana mereka tidak berdaya memikirkan cara untuk melepaskan diri walaupun begitu mudah untuk keluar dari kurungan itu.
Itulah perumpamaan yang Allah buat terhadap orang yang terjerumus kedalam lembah maksiat. Walaupun begitu mudah untuk mereka keluar dari kehidupan itu namun mereka tidak mampu kerana mereka tidak mahu mendengar nasihat, tidak mahu faham tentang kehidupan yang abadi dan tidak mahu memeikirkan akibat perbuatan mereka itu.

Rabu, 11 Mei 2011
Ilmu yang luas
Ilmu yang luas
Biar bagaimana luas sekalipun pengetahuan manusia, di atasnya tetap ada yang lebih berpengetahuan lagi. Keadaan ini terus berjalan sehinggalah kita tiba ke suatu tahap dimana terdapat ilmu pengetahuan yang tidak terbatas luasnya; iaitulah ilmu yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. semata-mata.
Jangan berasa angkuh dan sombong dengan hanya memiliki ilmu yang sedikit. Setinggi mana pun pencapaian pelajaran anda namun anda masih lagi tidak tahu apa-apa berbanding dengan ilmu Allah yang melebihi tujuh air laut untuk dijadikan dakwat bagi mencatat segalanya.
Tunduk dan sujudlah kepada Allah yang memiliki segalanya dan mohonlah kepadanya agar dikurniakan sedikit daripada ilmu-ilmuNya yang maha luas.

Selasa, 10 Mei 2011
Jauh dari hakikat
Jauh dari hakikat
Setiap bertambah luas pengetahuan manusia dan bertambah ma’rifatnya, hendaklah ia meyakini bahawa dirinya adalah semakin bertambah jauh dari hakikat dan semakin sukar untuk mencapainya.
Semakin manusia itu pintar dan maju, ia mesti yakin bahawa dirinya semakin kurang ilmu dan masih sedikit ilmu yang diketahuinya kerana ilmu itu teramat luas yang semuanya adalah milik Allah. Mohonlah sedikit daripada ilmu Allah dan teruslah belajar dan mencari.

Isnin, 9 Mei 2011
Banyak tahu makin pandai
Banyak tahu makin pandai
Makin banyak anda mengetahui, makin pandai. Semakin banyak pengetahuan anda, semakin banyak yang anda hasilkan.
Pengetahuan diperolehi dengan cara banyak membaca. Hanya dengan membaca, langit dan angkasa terbuka luas. Membaca akan mengembangkan akal dan fikiran. Dengan itu ilmu akan semakin maju. Kemajuan ilmu dan pengetahuan dapat membentuk kemajuan manusia.

Ahad, 8 Mei 2011
Lima tindakan
Lima tindakan
Lima tindakan yang wajar kita perhatikan:
Jangan harap kita akan maju dan berjaya dengan cara menahan kemajuan dan kejayaan orang lain.
Jangan menyesali tentang kejadian yang tidak dapat diubah lagi.
Percayalah bahawa setiap sesuatu pekerjaan yang terhasil adalah dengan jasa dan tenaga kita yang menyumbangnya.
Adalah suatu kesilapan sekiranya kita memaksa orang lain supaya berfikir dan bertindak seperti kita sendiri.
Tambahkan pengetahuan dan tajamkan fikiran dengan banyak membaca.

Jumaat, 6 Mei 2011
Bodoh sombong
Bodoh sombong
Jika kita rasa masih lagi kekurangan ilmu dan masih belum tahu apa-apa, itu tandanya kita ada harapan untuk menjadi seorang intelek. Tetapi kalau kita rasa kita sudah terlalu pandai dalam semua perkara, ini tandanya kita hampir mundur dan ketinggalan dalam semua urusan. Perumpamaan Melayu mengatakan "Bodoh sombong". Manusia akan menjadi sempurna dengan memiliki pengetahuan, pengalaman dan sentiasa belajar supaya mempunyai ilmu yang tinggi.
Hanya orang yang terus menerus belajar yang akan mencapai kejayaan dan sentiasa merendah diri kerana dia merasakan yang dirinya tidak tahu apa-apa walaupun belajar tinggi kerana ilmu Allah tidak ada sempadannya.

Khamis, 5 Mei 2011
Manfaat ilmu
Manfaat ilmu
Ilmu yang paling baik ialah ilmu yang paling banyak memberikan faedah kepada pemiliknya.
Orang yang pandai dalam sesuatu bidang mestilah mempraktikan kemahirannya agar kemahiran itu memberikan keuntungan kepada dirinya dan orang lain. Keuntungan yang didapatinya ialah keuntungan di dunia dan di akhirat. Orang yang mendapat ilmu darinya akan memperaktikan ilmu itu dan dirinya akan juga mendapat pahala selagi ilmu itu memberi manfaat.

Rabu, 4 Mei 2011
Ilmu menghidupkan Islam
Ilmu menghidupkan Islam
Ilmu merupakan roh yang menghidupkan agama Islam dan merupakan tunggak keimanan. Sesiapa yang mengajar satu ilmu, Allah akan memberikan pahalanya. Sesiapa yang mengamalkan ilmu yang didapatinya, Allah akan menambahkan lagi bermacam-macam ilmu kepadanya.
Jadilah seorang yang suka belajar atau seorang yang suka mengajar kerana ilmulah yang akan mencorakan kehidupan seseorang. Perwatakan manusia dapat dilihat dari segi ilmu yang dipelajarinya. Semakin banyak ilmu yang dipelajarinya maka semakin terserlah peribadinya yang anggun.
Ilmu juga dapat mengawal dan menjaga keimanan seseorang. Ilmu yang banyak membuatkan manusia lebih mengenali Allah yang Maha Pencipta

Isnin, 2 Mei 2011
Ilmu yang mahal
Ilmu yang mahal
Ilmu merupakan suatu milik yang paling mahal dan tinggi nilainya.
Anda mempunyai harta yang banyak. Sekiranya anda meninggal dunia, harta pusaka yang anda tinggalkan akan habis dibelanjakan oleh penerimanya. Tetapi sekiranya ilmu yang anda tinggalkan, sudah tentu ilmu itu akan kekal dan harta akan bertambah seiring dengan ilmu yang ada. Ilmu lebih bernilai daripada harta yang bertimbun dan boleh dibawa hingga ke akhirat. Dengan ilmu yang penuh di dada kita akan mendapat tempat di syurga nanti. Insya Allah.

Langgan:
Ulasan (Atom)