Manusia yang sempurna
Manusia yang sempurna ialah yang memiliki 6 sifat ini:
1- Cerdik iaitu memperkenalkan suatu ilmu yang baru dan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.
2- Jujur melaksanakan segala suruhan Allah.
3- Mengkaji dan menyelidik dahulu apa yang dibaca dan didengar.
4- Bijak mengurus segala urusan yang akan dilakukan, tidak gopoh dan tidak melakukan kesilapan.
5- Berjimat atau bijak mengurus kewangan dan masa agar tidak hilang atau berlalu dengan sia-sia.
6- Hati-hati atau waspada dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.
Rabu, 22 Jun 2011
Selasa, 21 Jun 2011
Gerbang
Gerbang
Ilmu merupaka gerbang untuk melangkah kedunia baru.
Ketika dalam usia bayi, manusia tidak mengetahui apa-apa. Sedikit demi sedikit ilmu diajar oleh penjaganya sehingga mereka dapat bertutur, berjalan, berlari dan sebagainya. Sekiranya bayi tersebut tidak diajar, sudah tentu mereka tidak dapat melangkah keluar dari kadudukannya yang asal.
Begitulah kepentingan ilmu yang merupakan gerbang untuk kita menuju ke dunia baru. Selagi ilmu tidak dipelajari sudah tentu kita tetap berada di takuk lama, tidak berubah dari segi minda dan ketamadunan.
Keluarlah dari pintu kejahilan menuju ke gerbang yang lebih luas lagi untuk diterokai. Jangan ketinggalan mengejar ilmu yang akan mendatangkan keuntungan kepada kita semua.

Isnin, 20 Jun 2011
Minta ilmu
Minta ilmu
Allah akan menambahkan ilmu kepada orang-orang yang diingininya sekiranya mereka meminta dari Allah dan berakhlak baik.
Allahumma zidni ilman warzuqni fahman. Inilah doa yang Allah swt sarankan kepada hambanya yang ingin menambahkan ilmu, yang kita membacanya sebelumnya kita memulakan pelajaran.
Selain berusaha belajar dan membaca, kita juga diperintahkan terus berdoa kerana ilmu itu milik Allah swt. Hanya Allahlah yang berhak menganugerahkan milikNya kepada hambanya yang ikhlas.

Jumaat, 17 Jun 2011
Takluk dunia
Takluk dunia
Orang yang berjaya sehingga dapat menakluk dunia ialah orang yang berilmu, dan orang yang disegani dan dihormati ialah orang yang banyak menabur budi dan berperibadi tinggi.
Ilmu sangat berguna untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi masyarakat. Siapa yang dilantik menjadi ketua kelas? Siapa yang memimpin organisasi? Siapa yang mengetuai pertubuhan? Siapa yang menjadi pemimpin negara? Siapa yang menguasai dunia?
Tetapi memiliki ilmu saja tidak mencukupi. Ianya mesti disertai dengan budi dan akhlak yang tinggi, barulah pemimpin itu akan dihormati dan disegani.

Khamis, 16 Jun 2011
Terang hati
Terang hati
Setiap pelajar akan sentiasa rasa tenang dan damai serta sentiasa berada dalam rahmat Allah. Setiap kali ilmu mereka bertambah, hati mereka akan terang dan bercahaya.
Ilmu adalah pengubat hati. Hanya dengan cara belajar dan membaca hati manusia menjadi terang dan wajah akan bercahaya hasil dari keyakinan diri yang tinggi. Seseorang pelajar akan sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah s.w.t yang akan menjadikan hidup mereka selalu dalam keberkatan.

Rabu, 15 Jun 2011
Singa dan anak panah
Singa dan anak panah
Kata penyair Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:
"Berpisahlah dengan orang yang anda sayangi, tentu anda akan mendapat ganti orang yang anda tinggalkan. Mengembaralah diserata bumi Allah, tentu anda akan mendapat petunjuk dalam pengembaraan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran."
Jauh berjalan banyak pengalaman. Banyak pengalaman akan bertambah ilmu. Ilmu yang akan menentukan masa depan dan kedudukan anda dalam masyarakat. Untuk mendapat semua ini anda tidak boleh duduk diam di sesuatu tempat. Orang yang anda sayangi perlu ditinggalkan untuk pergi merantau. Kalau anda tidak berani atau tidak sanggup meninggalkan keluarga atau kediaman anda sudah tentu anda tidak akan mendapat apa yang anda inginkan.

Isnin, 13 Jun 2011
Kerugian manusia
Kerugian manusia
Orang yang dikatakan rugi itu bukanlah rugi disebabkan kehilangan harta benda tetapi rugi kerana tidak memanfaatkan masa yang ada untuk memperkayakan ilmu dan tidak menggunakan kecerdikan dan kepintaran yang dianugerahkan Allah kepadanya.
Masa tidak menunggu kita. Masa itu diibaratkan seperti emas. Ia amat berharga. Bahkan lebih mahal daripada emas kerana apabila masa telah berlalu, ianya tidak dapat di ambil balik atau diputarkan waktunya kembali. Anda tidak dapat membeli waktu yang telah berlalu.
Manfaatkan waktu atau masa anda. Jangan dibiarkan ia berlalu dengan membuat perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kelak anda akan menyesal dikemudian hari. Percayalah!!!!!

Jumaat, 3 Jun 2011
Sesat jalan
Sesat jalan
Anda akan sentiasa dipandang tinggi jika anda tidak segan bertanya segala ilmu yang anda belum ketahui. Malu bertanya sesat jalan.
Lebih banyak kita bertanya maka lebih banyak ilmu yang kita dapat. kita akan lebih cerdik, lebih bijak, lebih pandai dan kita akan dihormati. Hanya orang-orang yang berilmu sahaja akan mendapat tempat dimata masyarakat.

Khamis, 2 Jun 2011
Manusia yang hidup
Manusia yang hidup
Manusia yang sentiasa hidup dan namanya menjadi sebutan ramai ialah:
- orang yang bercita-cita dan bersemangat tinggi.
- Orang yang berilmu pengetahuan.
- Orang yang berjasa.
Semangat dan cita-citanya menjadi idola masyarakat dan pencapaiannya dalam bidang-bidang tertentu menjadi sebutan ramai walaupun beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini.
Orang-orang yang berilmu, para ulama dan intelektual telah meninggalkan hasil tulisan dan pengajarannya sehingga beratus tahun dan namanya sentiasa menjadi sebutan masyarakat seolah-olah beliau masih lagi hidup.
Begitu juga dengan orang yang berjasa dalam masyarakat dan umat. Nama-nama mereka akan disebut-sebut dan diingati menjadikan mereke-mereka ini hidup bersama-sama masyarakat.

Rabu, 1 Jun 2011
Tutup penjara
Tutup penjara
Membuka sebuah sekolah untuk menuntut ilmu akan tertutuplah penjara.
Begitu besarnya peranan ilmu dan begitu berjasanya tugas seorang pendidik sehingga dia berjaya mengubah seseorang menjadi yang terbaik.
Bukalah tempat pengajian sebanyak-banyaknya kerana dengan ini akan melahirkan insan yang cerdik, dapat berfikir dan dapat membezakan perkara yang baik dan buruk sehingga mereka tidak menjadi penghuni penjara. Lebih banyak pusat pengajian dibuka akan lebih banyak penjara akan tertutup.

Langgan:
Ulasan (Atom)