Sabtu, 31 Disember 2011

Adab guru dan murid


        Adab guru dan murid


Adab guru yang memberi ilmu dan murid yang mencari ilmu:
1. Mempunyai niat yang jujur dan ikhlas.
2. Tawadu’ – merendah diri.
3. Takut dan gerun kepada Allah
4. Sedar diri dan kembali kepada yang benar jika jelas kebenarannya.
5. Lebih banyak diam dan kurangkan bercakap.
Niat amat penting dalam amalan setiap muslim kerana Allah memandang kepada niat dalam segala tindak tanduk individu. Walaupun pun perbuatannya baik tapi dengan niat yang buruk maka amalan itu tidak akan diterima Allah s.w.t.
Walaupun seseorang itu dianugerahkan dengan otak yang bergeliga dan pintar, tidak seharusnya dia merasa bongkak dan sombong. Seharusnya dia patut merasa gerun dan takut dengan balasan daripada Allah s.w.t. kerana ilmu yang dia ada itu merupakan anugerah Allah s.w.t. dan bila-bila masa saja Allah boleh mengambilnya kembali dengan berbagai cara samada dia boleh jadi pelupa, sakit, cacat dan sebagainya. Semoga kita dijauhkan daripada semua itu dan dimasukan kita semua dalam golongan manusia yang sentiasa bersyukur. 


Bersambung…

Khamis, 29 Disember 2011

sambungan adab guru


…sambungan
10. Hendaklah guru duduk atau berdiri di tempat yang lebih tinggi supaya jelas dilihat oleh murid-muridnya.
11. Sentiasa memberikan soalan-soalan untuk menguji kefahaman muridnya.
12. Sentiasa memberikan perbandingan dan perumpamaan dan juga lukisan dan gambaran untuk memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar.
Kalau sedang mengajar seelok-eloknya guru itu berdiri dan kalau boleh sentiasa berjalan mengelilingi pelajar agar pelajarnya tidak mengantuk dan sentiasa bersedia dengan soalan-soalan yang diajukan oleh guru dan supaya pelajarnya lebih fokus, tidak leka dan lalai dengan perkara lain. Gunakan segala alat bantuan mengajar yang terkini akan dapat member lebih kefahaman kepada pelajar.


Rabu, 28 Disember 2011

Sambungan adab guru


…sambungan
5. Jangan melakukan kekerasan dan kezaliman.
6. Hendaklah berkelakuan sama seperti apa yang diajarnya.
7. Jawablah semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid-murid walaupun soalan yang dikemukakan adalah soalan yang remeh-temeh dan tidak masuk akal.
8. Jangan memarahi atau menengking orang yang bertanya walaupun mereka bertanya soalan yang bukan-bukan.
9. Selalu memberikan perkataan yang positif sebagai balasan dan
juga memberi hukuman jika berlaku kesilapan…
Berlemah lembut dengan pelajar akan mendekatkan lagi ikatan kasih sayang antara pelajar dan guru. Ramai antara guru-guru yang tidak sabar dengan kerenah dan pertanyaan-pertanyaan yang dianggap tidak berkualiti oleh guru namun itulah cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru yang mementingkan keikhlasan dalam tugasannya.


Bersambung…

Selasa, 27 Disember 2011

Adab guru


Adab guru


Adab yang perlu ada pada profesyen seorang guru:
1. Sentiasa memberikan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar.
2. Sentiasa mengulangi kata-kata dan mengangkat suara supaya dapat didengar oleh semua murid.
3. Bercakap dan mengajar mengikut tahap pemikiran muridnya.
4. Jika ditanya tentang sesuatu perkara yang tidak diketahuinya jangan dijawab terlebih dahulu. Tangguhkan jawapannya dan cuba cari jawaban yang betul dan meyakinkan.
Guru adalah idola kepala pelajarnya. Segala yang dilakukan dan ditunjukan oleh gurunya itulah yang menjadi ikutan mereka. Kalau mereka tidak mengikut segala apa yang diajar oleh guru mereka bagaimana mereka akan menjadi pandai. Oleh itu peranan guru amat besar demi melahirkan insan yang sempurna.


Bersambung…

Ahad, 25 Disember 2011

Bergurukan syaitan


Bergurukan syaitan


Belajar hendaklah dengan cara berguru kerana belajar tanpa guru seolah-olah bergurukan syaitan kerana syaitan akan menyelewengkan kefahaman kita. Mendapatkan ilmu dengan cara berguru akan membentuk akhlak yang baik dengan cara meniru akhlak yang ditunjukan oleh guru tersebut. Guru juga akan membetulkan kesilapan fahaman semasa belajar.
Sekarang zaman siber. Banyak ilmu yang dapat dipelajari melalui alam siber ini. Belajar apa saja yang dihidangkan melalui internet ini samada masakan, jahitan, permotoran, sains, teknoloji dan segala macam ilmu yang ada. Tetapi yang sebaik-baiknya mestilah berguru iaitu ada perbincangan dan diskusi antara guru dan murid yang dapat menjawab segala kemusykilan yang timbul. Lebih-lebih lagi ilmu agama yang perlukan bimbingan yang sempurna agar tidak terseleweng dari nas yang asal. Kerana syaitan sentiasa mengganggu hati manusia agar was-was dan sentiasa mengajak manusia untuk menyeleweng daripada kebenaran.