Isnin, 12 Disember 2011

Ilmu beristighfar


Ilmu beristighfar


Astagh firullah al-‘azim
Istighfar mempunyai rahsia dan memberi kesan terhadap diri seseorang, masyarakat dan umat. Istighfar memberi kebaikan dan kelebihan kepada seseorang.
Perumpamaan orang yang tidak beristighfar seperti orang yang malas maka dia tidak akan mendapat hasilnya
.
Istighfar berarti memohon keampunan Allah s.w.t. Ia merupakan salah satu daripada wirid harian seseorang mukmin. Rasulullah s.a.w. beristighfar 70 kali sehari., sedangkan baginda sudah digelar maksom iaitu suci daripada dosa. Bagaimana dengan manusia yang setiap detik melakukan dosa samada dosa besar atau dosa kecil?.
Beristighfar dapat membersihkan hati setiap mukmin. Sekiranya hati sudah bersih dan suci, hubungan dengan masyarakat sekeliling akan bertambah erat kerana tidak ada lagi perasaan curiga dan buruk sangka yang mana perasaan curiga dan buruk sangka inilah yang banyak menimbulkan masaalah dalam hubungan manusia.
Dimana-mana sahaja atau bila-bila waktu sahaja kita dapat beristighfar. Kerana ianya begitu mudah dilakukan maka sesiapa yang tidak melakukannya diumpamakan orang yang sangat malas dan rugi kerana hasil daripada beristighfar itu sangat besar pengaruhnya.