Cara belajar
Adab yang perlu ada
pada seorang pelajar:
1. Jangan bertanya guru ketika guru sedang sibuk atau sedang berurusan dengan sesuatu yang penting.
2. Jangan malu bertanya apa saja semasa belajar.
3. Duduk dalam majlis ilmu / kelas itu sehingga habis pelajaran.
4. Jangan melakukan perkara lain semasa guru sedang mengajar. Tumpukan perhatian sepenuhnya pada guru.

Pelajar mesti pandai mengambil
hati guru. Kalau ingin bertanyakan sesuatu mesti tengok situasi guru. Kalau guru
sedang sibuk dengan urusan penting maka jangan diganggu nanti guru itu akan memberikan
jawapan yang tidak sepatutnya.
Semasa guru sedang mengajar maka bertanyalah seberapa
banyak soalan yang menimbulkan kemusykilan tentang pelajaran yang diajar kerana
guru sangat suka sekiranya pelajar banyak bertanya kerana ini bermakna pelajar itu memberi perhatian terhadap pelajarannya.
Pelajar juga jangan keluar
dari tempat belajar itu semasa guru sedang mengajar sebelum meminta izin kerana
ini menunjukan akhlak yang kurang baik kerana tidak menghormati majlis ilmu.
Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran,
jangan buat urusan lain seperti menggunakan telipon atau membaca akhbar dan majalah
yang tiada kaitan dengan pelajaran yang sedang diajar.
Bersambung…