Ahad, 11 Disember 2011

Ilmuan yang diazab


Ilmuan yang diazab


Manusia yang paling kuat azabnya dihari kiamat ialah para ilmuan yang tidak mengamalkan ilmu yang diperolehinya.
Ilmu adalah anugerah Allah s.w.t. kepada hambaNya yang terpilih, yang diberi kecerdikan akal dan terang hati untuk mudah menerima pelajaran.
Segala ilmu yang dianugerahkan kepada hambaNya yang terpilih mesti diperaktikan dengan betul agar menjadi ikutan orang ramai kerana para ilmuan atau intelektual atau ulama ini menjadi idola masyarakat. Apa yang dilakukan oleh golongan ini akan menjadi ikutan masyarakat. Maka sekiranya golongan ini melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. akan ditiru dan setiap kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat itu akan mendapat dosa dan setiap dosa pasti tempiasnya akan mengenai golongan ilmuan yang menjadi idola itu.
Sudah semestinya pelopor kepada setiap kesalahan akan terlebih dahulu menerima balasan.