Sabtu, 23 April 2011

Tanda intelektual

Tanda intelektual

Tanda-tanda orang yang cerdik dan intelektual ada empat iaitu:
- Banyak membaca dan terlalu cinta kepada ilmu pengetahuan.
- Wajah dan sikapnya tidak berubah apabila menerima pujian.
- Menjawab setiap soalan yang diberikan dengan bernas dan tenang.
- Mempunyai sifat yang jujur dan ikhlas.

Para intelektual ialah golongan yang sukakan ilmu dan terus mencari ilmu, terus belajar sehingga mereka merasakan diri mereka masih lagi belum mengetahui apa-apa melainkan sedikit sahaja daripada ilmu Tuhan.
Mereka juga tidak bongkak bila menerima pujian.
Menjawab setiap soalan dan pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan tenang, jujur, tepat dan bernas walaupun dikemukakan dengan soalan-soalan yang remeh temeh kerana mereka tahu orang yang bertanya ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi.
Para intelektual juga mempunyai perwatakan yang disenangi oleh masyarakat. Sifat mereka yang ikhlas dan jujur akan menjadi idola kepada masyarakat.