Adab yang perlu ada pada seorang pelajar:
1. Jangan bertanya guru ketika guru sedang sibuk atau sedang berurusan dengan sesuatu yang penting.
2. Jangan malu bertanya apa saja semasa belajar.
3. Duduk dalam majlis ilmu / kelas itu sehingga habis pelajaran.
4. Jangan melakukan perkara lain semasa guru sedang mengajar. Tumpukan perhatian sepenuhnya pada guru.
5. Bersabar dan tabah hati semasa belajar hingga tercapai cita-cita
6. Sabar menempuh kesusahan dan rintangan semasa belajar.
7. Jangan terlalu mendesak guru supaya menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepadanya. Berilah ruang untuk guru menjawab satu persatu.
8. Bertanyalah kepada guru sehingga betul-betul faham.
Khamis, 30 April 2009
Rabu, 29 April 2009
Khalifah
Manusia telah diberikan tugas sebagai khalifah dibumi sehingga diberikan dua keistimewaan iaitu kebebasan dan ilmu pengetahuan.
Selasa, 28 April 2009
Balasan berdasarkan akal
Akal adalah ciptaan Tuhan yang paling tinggi dan berdasarkan akal manusialah maka dijadikan sebagai pedoman dan dasar untuk menentukan hukuman dan pahala yang akan diberikan kepada seseorang. Sejajar dengan penghargaan tinggi terhadap akal manusia tersebut memberi kesan kepada ajaran Islam yang mementingkan ilmu pengetahuan, yang jelas dalam sejarah dan peradaban Islam.
Isnin, 27 April 2009
Adab guru dan murid
Adab guru yang menberi ilmu dan murid yang mencari ilmu
1. Mempunyai niat yang jujur dan ikhlas.
2. Tawadu’ – merendah diri.
3. Takut dan gerun kepada Allah
4. Sedar diri dan kembali kepada yang benar jika jelas kebenarannya.
5. Lebih banyak diam dan kurangkan bercakap.
6. Jangan suka bertengkar dan menegakan benang basah.
7. Jauhi hasad dengki
8. Bersikap zuhud dan kurangkan nafsu terhadap dunia.
9. Bekerja selain daripada mengajar.
10. Berikan petunjukatau ajaran yang betul

Ahad, 26 April 2009
Adab guru
Adab yang perlu ada pada profesyen seorang guru:
1. Sentiasa memberikan nasihta-nasihat dan tunjuk ajar.
2. Sentiasa mengulangi kata-kata dan mengangkat suara supaya
dapat didengar oleh semua murid.
3. Bercakap dan mengajar mengikut tahap pemikiran muridnya.
4. Jika ditanya tentang sesuatu perkara yang tidak diketahuinya
jangan dijawab terlebih dahulu. Tangguhkan jawapannya dan cuba cari
jawaban yang betul.
5. Jangan melakukan kekerasan dan kezaliman.
6. Hendaklah berkelakuan sama seperti apa yang diajarnya.
7. Jawablah semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid-muridnya
walaupun soalan yang dikemukakan ada soalan yang remeh-temeh dan tidak masuk akal.
8. Jangan memarahi atau menengking orang yang bertanya walaupun
mereka bertanya soalan yang bukan-bukan.
9. Selalu memberikan perkataan yang positif sebagai balasan dan
juga hukuman jika berlaku kesilapan.
10. Hendaklah guru duduk atau berdiri di tempat yang lebih tinggi
supaya jelas dilihat oleh murid-muridnya.
11. Sentiasa memberikan soalan-soalan untuk menguji kefahaman
muridnya.
12. Sentiasa memberikan perbandingan dan perumpamaan dan juga
lukisan dan gambaran untuk memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar.
Sabtu, 25 April 2009
Bergurukan syaitan
Belajar hendaklah dengan cara berguru kerana belajar tanpa guru seolah-olah bergurukan syaitan kerana syaitan akan menyelewengkan kefahaman kita. Mendapatkan ilmu dengan cara berguru akan membentuk akhlak yang baik dengan cara meniru akhlak yang ditunjukan oleh guru tersebut. Guru juga akan membetulkan kesilapan fahaman semasa belajar
Khamis, 23 April 2009
Pergilah berjalan untuk mencari ilmu atau carilah ilmu dimana jua, Jangan mengharap ilmu datang kepada kita tanpa berusaha mencarinya. Nabi Musa ‘Alaihissalam berjalan bersama Nabi Khaidir untuk mendapatkan ilmu. Orang-orang yang berkedudukan tinggi dan mulia disarankan pergi mendapatkan guru untuk mendapatkan ilmu. Sesiapa yang merendah diri kepada Allah maka Allah akan mengangkat darjatnya ketahap yang paling mulia.
Rabu, 22 April 2009
Allah tidak memerintahkan hambanya berdoa supaya ditambahkan sesuatu selain daripada berdoa supaya ditambahkan ilmu (Allahumma zidni ilman)
Selasa, 21 April 2009
Belajar dari kecil
Belajarlah ilmu dan amalkannya semenjak kecil.Berikan kefahaman ilmu ketika mereka masih kecil kerana bila sudah besar atau dewasa sukar untuk menerima ilmu
Isnin, 20 April 2009
Malaikat-malaikat akan singgah dan duduk bersama-sama dengan mereka
yang menghadiri majlis-majis ilmu dan Allah akan memberkatinya.
Ahad, 19 April 2009
sambungan burung intelek
Begitulah pandainya binatang itu membuat sarang, bagaimana dengan manusia yang berakal?. Berdasarkan kejadian ini maka orang India mencipta suatu perumpamaan tentang burung itu, Katanya, “Tiada berguna pengajaran yang baik kepada orang yang jahat.” Bacalah cerita ini dengan fikiran terbuka:
Suatu hari hujan turun dengan lebatnya serta dengan angin ribut yang kencang. Lalu semua monyet dalam hutan itu pun berlari mencari tempat perlindungan. Maka datanglah seekor monyet kebawah sarang tempua itu untuk berteduh dari hujan. Apabila burung tempua melihat keadaan monyet yang menggeletar kesejukan itu, lalu ia berkata “Hai monyet, bukankah tubuh mu dijadikan Allah lebih besar daripada tubuhku, lagipun kekuatanmu lebih daripada kekuatanku? Kenapa engkau tidak boleh membuat tempat tinggalmu seperti aku ini supaya apabila hujan turun engkau boleh berlindung didalamnya? Kenapa engkau menyiksa dirimu dengan kelakuan yang malas ini?” Apabila monyet mendengar perkataan burung tempua itu, ia menjadi marah, lalu katanya, “Amboi! Amboi! Amboi! Sombongnya. Mentang-mentanglah dia ada rumah bagus macam ni. Apa engkau pedulikan hal aku? Suka hati aku lah nak berteduh kat mana pun. Hutan ini bukan engkau saja yang punya!" Lalu monyet merosakan sarang burung tempua itu sehingga koyak dan hancur semuanya.
Dari cerita inilah munculnya perumpamaan diatas. Bukankah betul kata-kata burung tempua kepada monyet itu! Tetapi disebabkan monyet adalah binatang yang bodoh dan malas lantas dia menjadi jahat dan ganas dengan merosakan sarang burung tempua itu. Maka ambillah iktibar daripada cerita ini dan sentiasalah menambah ilmu pengetahuan agar menjadi manusia yang pintar dan cerdik. Hanya orang cerdik saja yang akan faham rahsia perkataan ini.

Jumaat, 17 April 2009
burung intelektual
Burung tempua itu walaupun tubuhnya kecil, tetapi tidak ada burung yang lebih pandai membuat sarang sepertinya. Sarangnya itu dibuat daripada daun buluh yang dikoyak-koyak halus seperti rambut , di ikat dengan kuat, jika setahun pun hujan turun dan jikalau direndam dalam air sekalipun, air tidak boleh masuk kedalamnya Pintunya dibuat dari sebelah bawah. Didalamnya ada pula biliknya bersekat, tempat ia tidur. Pada waktu malam dicarikannya kelip-kelip, diletakan dalam biliknya itu. Oleh sebab ia takut kelip-kelip itu terbang, dibubuhnya pula kabu-kabu sedikit diatasnya supaya kelip-kelip itu tidak boleh terbang. Itulah menjadi lampunya....bersambung
Rabu, 15 April 2009
ilmu beristighfar
Astagh firullah al-‘azim
Istighfar mempunyai rahsia dan memberi kesan terhadap diri seseorang, masyarakat dan umat. Istighfar memberi kebaikan dan kelebihan kepada seseorang.
Perumpamaan orang yang tidak beristighfar seperti orang yang malas maka dia tidak akan mendapat hasilnya.

Rabu, 8 April 2009
ilmuan yang diazab
Manusia yang paling kuat azabnya dihari kiamat ialah para ilmuan yang tidak mengamalkan ilmu yang diperolehinya.
Sabtu, 4 April 2009
intelektual yang beruntung
Manusia yang tidak akan mengalami kerugian hidup di dunia dan di akhirat ialah:
- Para intelektual
- Orang yang mengamalkan apa yang telah dipelajarinya atau apa yang dia sudah tahu.
- Orang yang mengajar manusia lain apa yang dia tahu.
- Orang yang bersabar menempuh segala rintangan dan dugaan.

Langgan:
Ulasan (Atom)