Rabu, 25 Ogos 2010

Cuba menjatuhkan

Sesiapa yang cuba berusaha untuk menjatuhkan atau mencelakakan orang lain, maka dia sendiri yang akan ditimpa kecelakaan.

Selasa, 24 Ogos 2010

Orang kaya

Orang yang paling kaya ialah orang yang sentiasa merasa cukup dengan apa yang telah dianugerahkan Allah.

Rabu, 11 Ogos 2010

Mencari maklumat baru

Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tidak tahu menjadi lebih tahu.

Rabu, 4 Ogos 2010

Terpancar

Ucapan intelektual lahir daripada hatinya, hati orang bodoh terpancar
dari ucapannya.

Selasa, 3 Ogos 2010

Memahami

Sifat memahami mengajar kita menerima seadanya diri sendiri, menerima orang lain seadanya dan sebarang situasi mereka, bukan memaksa mereka mengikut kehendak dan selera kita.

Isnin, 2 Ogos 2010

Penyakit hati

Penyakit sentiasa ada di dalam hati seseorang. Dan setiap penyakit ada ubatnya. Penyakit hati ialah lalai dan ubatnya ialah bertafakur atau berfikir kerana orang yang selalu berfikir, hatinya akan terang dan dapat membezakan antara baik dan buruk, manfaat atau mudarat. Hati yang tidak berfikir akan dihuni oleh syaitan yang akan menyesatkan.