Jumaat, 23 Disember 2011

Darjat diangkat


Darjat diangkat

Pergilah berjalan untuk mencari ilmu atau carilah ilmu dimana jua. Jangan mengharap ilmu datang kepada kita tanpa berusaha mencarinya. Nabi Musa ‘Alaihissalam berjalan bersama Nabi Khaidir untuk mendapatkan ilmu. Orang-orang yang berkedudukan tinggi dan mulia disarankan pergi mendapatkan guru untuk mendapatkan ilmu. Sesiapa yang merendah diri kepada Allah maka Allah akan mengangkat darjatnya ketahap yang paling mulia.
Seorang perantau yang berjalan meninggalkan rumah dan kampung halamannya semata-mata untuk mencari keredaan Allah dengan mencari ilmu, belajar dan berguru maka perjalanannya itu dikira berjihad dan sekiranya dia meninggal dunia maka kematiannya itu dianggap sebagai mati syahid.
Mati syahid adalah kedudukan yang tinggi disisi Allah dengan balasan pahala dan syurga yang istimewa. Begitulah tingginya darjat seorang pelajar, di dunia dia mendapat kedudukan yang mulia dikalangan masyarakat dan mendapat tempat yang tinggi disisi Allah di akhirat kelak.


Bergurukan syaitan



     Bergurukan syaitan


Belajar hendaklah dengan cara berguru kerana belajar tanpa guru seolah-olah bergurukan syaitan kerana syaitan akan menyelewengkan kefahaman kita. Mendapatkan ilmu dengan cara berguru akan membentuk akhlak yang baik dengan cara meniru akhlak yang ditunjukan oleh guru tersebut. Guru juga akan membetulkan kesilapan fahaman semasa belajar.
Sekarang zaman siber. Banyak ilmu yang dapat dipelajari melalui alam siber ini. Belajar apa saja yang dihidangkan melalui internet ini samada masakan, jahitan, permotoran, sains, teknoloji dan segala macam ilmu yang ada. Tetapi yang sebaik-baiknya mestilah berguru iaitu ada perbincangan dan diskusi antara guru dan murid yang dapat menjawab segala kemusykilan yang timbul. Lebih-lebih lagi ilmu agama yang perlukan bimbingan yang sempurna agar tidak terseleweng dari nas yang asal. Kerana syaitan sentiasa mengganggu hati manusia agar was-was dan sentiasa mengajak manusia untuk menyeleweng daripada kebenaran.