Sabtu, 31 Julai 2010
Berani mengaku kelemahan
Mengakui kelemahan diri sendiri adalah cara untuk melengkapkan diri dengan kesempurnaan. Sekiranya anda berani memperbaiki diri, itu tandanya anda seorang yang berani.
Khamis, 29 Julai 2010
Jujur dan dusta
Sentiasalah bersikap jujur kerana kejujuran akan memudahkan jalan menuju ke syurga dan tercatat namanya disisi Allah sebagai seorang yang jujur. Jauhilah daripada bersifat dusta kerana dusta mengarah kepada derhaka dan menuju ke neraka serta tercacat disisi Allah sebagai seorang pendusta.
Rabu, 28 Julai 2010
Orang baik
Seseorang yang dikatagorikan sebagai baik ialah yang memiliki lima sifat berikut:
1- Sentiasa mengenang jasa.
2- Dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.
3- Tidak campur tangan dengan perbuatan orang lain.
4- Tidak mungkir janji.
5- Baik akhlak dan tingkah laku.
1- Sentiasa mengenang jasa.
2- Dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.
3- Tidak campur tangan dengan perbuatan orang lain.
4- Tidak mungkir janji.
5- Baik akhlak dan tingkah laku.
Selasa, 27 Julai 2010
Intelektual
Intelektual perlu mendekati pemerintah yang adil supaya kebaikan dapat dikekalkan. Intelektual perlu mendekati pemerintah yang zalim untuk memberi nasihat terhadap mereka. Intelektual perlu mendekati hartawan yang bertaqwa dan dermawan untuk memudahkan pembiayaan pendidikan dan dakwah Islam. Intelektual perlu mendekati golongan miskin agar timbul rasa belas kasihan. Intelektual perlu mendekati sesama mereka supaya dapat berbincang dan menambah ilmu pengetahuan. Intelektual perlu mendekati orang jahil supaya dapat memberi pendidikan yang lebih baik kepada mereka.
Isnin, 26 Julai 2010
Tujuh amalan sihat
Tujuh amalan sebagai rukun kesihatan ialah:
Menyemai budaya pemakanan sihat;
mengamalkan jadual pemakanan sihat sejak kecil;
riadah sebagai amalan harian;
mengamalkan pembersihan diri;
memastikan kebersihan rumah;
mencari masa melapangkan minda setiap hari;
dan meninggalkan perbuatan meracun diri seperti merokok, meminum minuman keras, hubungan seksual tidak sihat serta pengambilan ubat tanpa preskripsi.
Menyemai budaya pemakanan sihat;
mengamalkan jadual pemakanan sihat sejak kecil;
riadah sebagai amalan harian;
mengamalkan pembersihan diri;
memastikan kebersihan rumah;
mencari masa melapangkan minda setiap hari;
dan meninggalkan perbuatan meracun diri seperti merokok, meminum minuman keras, hubungan seksual tidak sihat serta pengambilan ubat tanpa preskripsi.
Sabtu, 24 Julai 2010
siksa di alam kubur
Orang yang meninggalkan sembahyang akan mendapat 3 siksa ketika di alam kubur iaitu:
1- Malaikat mengikatnya dengan rantai dan diseret kedalam neraka.
2- Tuhan tidak akan memandang padanya dan tidak diberi rahmat.
3- Tuhan akan menempatkannya di dalam api neraka.
1- Malaikat mengikatnya dengan rantai dan diseret kedalam neraka.
2- Tuhan tidak akan memandang padanya dan tidak diberi rahmat.
3- Tuhan akan menempatkannya di dalam api neraka.
Jumaat, 23 Julai 2010
Cuba dulu
Jika anda tidak mencuba sesuatu yang patut anda cuba tentu anda akan rugi walaupun anda akan kecewa sekiranya anda gagal. Cuba dulu. Mana tahu anda akan berjaya.
Cuba dulu
Jika anda tidak mencuba sesuatu yang patut anda cuba tentu anda akan rugi walaupun anda akan kecewa sekiranya anda gagal. Cuba dulu. Mana tahu anda akan berjaya.
Khamis, 22 Julai 2010
3 siksa ketika mati
Orang yang meninggalkan sembahyang akan mendapat 3 siksa ketika mati iaitu:
1- Mati dalam keadaan hina
2- Mati dalam keadaan lapar
3- Mati dalam keadaan dahaga walaupun banyak diberi minum.
1- Mati dalam keadaan hina
2- Mati dalam keadaan lapar
3- Mati dalam keadaan dahaga walaupun banyak diberi minum.
Rabu, 21 Julai 2010
Maniskan senyum
Cubalah senyum dan maniskan senyuman itu, semua pekerjaan akan menjadi lancar. Tapi cubalahuba marah-marah semua pekerjaan tak akan menjadi.
Isnin, 19 Julai 2010
6 siksa dunia
Orang yang meninggalkan sembahyang akan mendapat 6 siksa didunia iaitu:
1- Hidupnya tidak berkat.
2- Rezekinya tidak berkat.
3- Tiada nur di wajahnya.
4- Agama Islam tidak memeliharanya.
5- Segala amalan kebajikannya tidak dikira.
6- Doanya tidak dimakbulkan.
1- Hidupnya tidak berkat.
2- Rezekinya tidak berkat.
3- Tiada nur di wajahnya.
4- Agama Islam tidak memeliharanya.
5- Segala amalan kebajikannya tidak dikira.
6- Doanya tidak dimakbulkan.
Ahad, 18 Julai 2010
Pekerjaan jadi senang
Setiap pekerjaan akan menjadi lebih senang sekiranya dilakukan dengan rela hati tetapi sekiranya pekerjaan itu dilakukan dengan tidak ikhlas sudah pasti pekerjaan itu menjadi sukar dan sulit.
Sabtu, 17 Julai 2010
Tidak boleh berjaya
Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.
Rabu, 14 Julai 2010
Pengurusan yang cekap
Tidak mungkin tercapai hasil yang diingini hanya dengan pengurusan sahaja. Kerana setiap pengurusan mesti disertai dengan kemahuan kerja yang konsisten. Cita-cita yang tinggi tetapi kerja yang tidak konsisten hanya merupakan satu impian. Sebaliknya keinginan untuk bekerja tanpa pengurusan yang cekap juga hanya menemui kegagalan. Oleh itu setiap tindakan perlukan pengurusan yang betul dan teliti.
Selasa, 13 Julai 2010
Tidak ingat mati
Orang-orang yang lalai dari mengingati mati ialah orang yang gila glamor, berhempas pulas mencari harta tanpa peduli halal haram, terlalu mementingkan kekayaan, gila kuasa, terlampau dalam perhiasan diri, gila perempuan, hidup dalam kekenyangan tanpa mempedulikan orang miskin dan terlampau bersikap perkauman.
Isnin, 12 Julai 2010
Serahkan pada Allah
Apa saja tindakan yang akan anda lakukan, serahkan segalanya pada Allah, Allah akan memandu anda dan memudahkan segala urusan anda.
Khamis, 8 Julai 2010
Syukur nikmat
Banyakkanlah menyebut nikmat yang anda perolehi kerana itu menunjukan bahawa anda bersyukur.
Rabu, 7 Julai 2010
Personaliti anggun
Untuk mempamirkan personaliti yang anggun, hendaklah sentiasa bertenang, jangan kelam kabut dan tidak tentu arah sehingga semua perkara hendak dilakukan dalam satu waktu.
Selasa, 6 Julai 2010
Jiwa kritis
Apa yang dibaca jangan terus diterima saja, kerana ini akan menghilangkan sifat kritis dalam jiwa kita. Kita mesti mempunyai pendapat sendiri yang perlu dikongsi bersama.
Isnin, 5 Julai 2010
Kehidupan ditentukan oleh fikiran
Corak hidup manusia ditentukan oleh fikirannya. Kehidupan manusia dapat berubah dengan mengubah cara berfikir.
Sabtu, 3 Julai 2010
Antara lihat dan dengar
Apa yang dilihat lebih jelas untuk difahami daripada apa yang didengar.
Khamis, 1 Julai 2010
Banyakkan ilmu
Intelektual selalu bercita-cita untuk mengetahui lebih banyak ilmu, tetapi orang yang bodoh hanya ingin menceritakan perkara yang tidak penting.
Langgan:
Ulasan (Atom)

