Doa
Allah tidak
memerintahkan hambanya berdoa supaya ditambahkan sesuatu selain daripada berdoa
supaya ditambahkan ilmu (Allahumma zidni ilman)
Allah sentiasa mengalu-ngalukan
hambanya supaya memohon ditambahkan ilmu pengetahuan kerana bila seseorang itu sudah
ada ilmu dan cerdik maka secara otomatik dia akan menjadi kaya dengan ilmu yang
dia ada. Dia akan menjadi sihat kerana banyak membaca hasil dari ilmu yang dia ada.
Dia akan berakhlak baik dan pandai bergaul kerana dia cerdik hasil daripada ilmu
yang dia miliki. Pendek kata bila seseorang itu sudah berilmu dan cerdik maka dia
akan memiliki semua yang dia ingini.


