Jumaat, 25 November 2011

Ilmuan


            Ilmuan


Manusia yang paling dekat dengan para nabi ialah para ilmuan dan pejuang jihad. Kerana ilmuan diibaratkan sebagai tempat rujukan risalah rasul. Adapun pejuang jihad ialah mereka yang mempertahankan segala ajaran rasul.
Orang-orang bijak pandai atau para intelek merupakan golongan yang menjadi idola pada masyarakat. Merekalah yang menjadi tempat untuk merujuk sesuatu masalah yang berlaku dalam masyarakat. Segala persoalan dunia dan akhirat menjadi tanggungjawab para intelek untuk menghibahkannya.
Selain daripada golongan intelek, manusia juga memerlukan pejuang jihad atau orang yang berani untuk mempertahankan ajaran yang telah dibawa oleh para rasul. Islam yang kita anuti hari ini telah dipertahankan oleh golongan-golongan yang berani sehingga kita dapat merasai nikmat Islam dan iman dengan sempurna.