Kemahiran
Tambahkan ilmu, belajar
setinggi-tingginya sebelum memulakan kata-kata, syarahan atau bertindak
melakukan sesuatu. Belajar dan mahir dalam masa lima minit dapat menyelesaikan
sesuatu pekerjaan daripada bertindak tanpa kemahiran yang terpaksa dilakukan berulang-kali
kerana kurangnya ilmu.
Melakukan sesuatu tanpa mengetahui caranya akan merugikan
banyak perkara. Merugikan harta kerana apa yang dibuat tidak menjadi lantas kerja
itu terbengkalai dan rosak. Merugikan masa kerana bukan sekejap masa yang dihabiskan
untuk membuat sesuatu lalu mesti diulang-ulang membuatnya. Bukankah ini hanya mearugikan
masa yang sepatutnya dapat dibuat sekali tetapi terpaksa diulang-ulang membuat kerja
yang sama?. Ilmu sangat penting dalam segala tindakan. Belajar lima minit dapat
menyelesaikan seribu masalah.


