Rabu, 30 September 2009

Tutup penjara

Membuka sebuah sekolah untuk menuntut ilmu akan tertutuplah penjara.

Selasa, 29 September 2009

Pilihan di tangan anda

Dapatkan ilmu dengan cara belajar dan bersabarlah menempuh segala kesukaran. Sekiranya anda memilih yang terbaik, anda pasti memperolehinya. Dan sekiranya anda berusaha menjauhi keburukan anda juga pasti terlindung dari segala keburukan dan kejahatan. Pilihan ditangan anda.

Sabtu, 26 September 2009

Iman dan ilmu bersatu

Apabila iman dan ilmu disatukan maka tujuan hidup akan sempurna dan lengkap. Kehormatan manusia akan terpelihara melalui akhlak yang mulia dan diridai Allah.

Sabtu, 19 September 2009

Belajar jangan gopoh

Sentiasalah berhubung dengan guru untuk mendapatkan ilmunya, walaupun sedikit tetapi ambillah apa yang dia miliki sehingga anda mendapat ilmu yang lebih banyak. Anda mesti menghormati dan mengkaguminya. Anda mesti menumpukan perhatian kepada para intelektual dan hasil karya mereka. Belajarlah dengan sabar, jangan gopoh. Sesiapa yang merasa seronok berjalan untuk mencari ilmu maka ia akan mendapat kemuliaan dan penghormatan dari orang sekeliling. Sesiapa yang tidak berusaha sudah tentu dia tidak akan berjaya.

Khamis, 17 September 2009

Musuh manusia ada tiga:
-kebodohan
-nafsu
-syaitan

Mengingati Allah itu akan memberi ketenangan dan kegembiraan pada hati dan memurahkan rezeki. Al-Qur'an merupakan penyuluh hidup, hadith adalah pedoman hidup dan ilmu pengetahuan adalah pelengkap kehidupan.

Selasa, 8 September 2009

Jahat kerana kurang iman

Pertambahan ilmu mesti selari dengan pertambahan iman. Kerana kejahatan yang dilakukan oleh manusia bukan kerana kurangnya ilmu tetapi kerana kurangnya iman.

Sabtu, 5 September 2009

Kebebasan berfikir

Manusia diberi kebebasan berfikir sebagai kehormatan agama Islam kepadanya. Islam menempatkannya pada kedudukan yang tinggi.

Manusia buruk

Manusia yang paling buruk disisi Allah ialah orang yang tidak mau mendengar, menuturkan dan memahami kebenaran.

Manusia buruk

Manusia yang paling buruk disisi Allah ialah orang yang tidak mahu mendengar, tidak mahu menuturkan dan dan tidak mahu memahami kebenaran.

Khamis, 3 September 2009

Ilmu yang tidak terbatas

Biar bagaimana luas sekalipun pengetahuan manusia, di atasnya tetap ada yang lebih berpengetahuan lagi. Keadaan ini terus berjalan sehinggalah kita tiba ke suatu tahap dimana terdapat ilmu pengetahuan yang tidak terbatas luasnya; iaitulah ilmu yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. semata-mata

Rabu, 2 September 2009

Ilmu yang luas

Biar bagaimana luas sekalipun pengetahuan manusia, di atasnya tetap ada yang lebih berpengetahuan lagi. Keadaan ini terus berjalan sehinggalah kita tiba ke suatu tahap dimana terdapat ilmu pengetahuan yang tidak terbatas luasnya; iaitulah ilmu yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. semata-mata.