Isnin, 2 Januari 2012

Balasan berdasarkan akal


Balasan berdasarkan akal


Akal adalah ciptaan Tuhan yang paling tinggi. Maka berdasarkan akallah dijadikan  pedoman dan dasar untuk menentukan hukuman dan pahala yang akan diberikan kepada seseorang. Sejajar dengan penghargaan tinggi terhadap akal manusia tersebut, memberi kesan kepada ajaran Islam yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ini semua  jelas dalam sejarah dan peradaban Islam.
Manusia telah diberikan akal yang sempurna untuk menilai mana yang baik dan buruk untuk dilakukan. Dasar arah kehidupan telah dibentangkan dalam al-Qur’an al-Karim yang cukup lengkap dan telah dihuraikan melalui ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Segala-galanya memerlukan akal untuk melayari kehidupan dan menuju kapada keredaan Allah s.w.t. seterusnya mendapat kenikmatan syurga di akhirat nanti.