Sabtu, 31 Oktober 2009

Minta ilmu

Allah akan menambahkan ilmu kepada orang-orang yang diingininya sekiranya mereka meminta dari Allah dan berakhlak baik.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Takluk dunia

Orang yang berjaya sehingga dapat menakluk dunia ialah orang yang berilmu, dan orang yang disegani dan dihormati ialah orang yang banyak menabur budi dan berperibadi tinggi.

Khamis, 29 Oktober 2009

Terang hati

Setiap pelajar akan sentiasa rasa tenang dan damai serta sentiasa berada dalam rahmat Allah. Setiap kali ilmu mereka bertambah, hati mereka akan terang dan bercahaya.

Rabu, 28 Oktober 2009

Singa dan anak panah

Kata penyair, Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:
"Berpisahlah dengan orang yang anda sayangi, tentu anda akan mendapat ganti orang yang anda tinggalkan. Mengembaralah diserata bumi Allah, tentu anda akan mendapat petunjuk dalam pengembaraan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran."

Sabtu, 24 Oktober 2009

Kerugian manusia

Orang yang dikatakan rugi itu bukanlah rugi disebabkan kehilangan harta benda tetapi rugi kerana tidak memanfaatkan masa yang ada untuk memperkayakan ilmu dan tidak menggunakan kecerdikan dan kepintaran yang dianugerahkan Allah kepadanya.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Sesat jalan

Anda akan sentiasa dipandang tinggi jika anda tidak segan bertanya segala ilmu yang anda belum anda ketahui. Malu bertanya sesat jalan.

Ahad, 18 Oktober 2009

Manusia yang hidup

Manusia yang sentiasa hidup dan namanya menjadi sebutan ramai ialah:
- orang yang bercita-cita dan bersemangat tinggi
- Orang yang berilmu pengetahuan
-Orang yang berjasa