Ilmu Allah
Sesiapa yang berkata atau menganggap seseorang itu
paling cerdik maka dia adalah seorang yang jahil kerana seseorang itu hanya
tahu sedikit daripada ilmu Allah.
Ilmu Allah teramat luas. Tidak ada sesiapa pun yang
boleh mengatakan dirinya serba tahu dalam segala hal. Dan tidak boleh menganggap
atau memuji bahawa seseorang itu cukup tinggi ilmunya kerana ilmunya yang ada hanya
setitik daripada keluasan ilmu Allah s.w.t.


