Sabtu, 30 Januari 2010

Intelek berakhlak

Seseorang yang dianggap intelek dan berilmu itu belum boleh dikatakan berjaya tanpa akhlak yang terpuji. Semailah akhlak yang baik agar gaya intelek itu tidak mendorong seseorang melakukan perbuatan yang janggal.

Selasa, 26 Januari 2010

Darjat ilmu

Darjat sesuatu ilmu, adalah menurut isi kandungannya.

Sabtu, 23 Januari 2010

Berfikir cermin hati

Fikir itu cermin hati, kerana dengan berfikir engkau akan melihat segala kebaikan dan keburukanmu dan dengan selalu berfikir engkau akan mendapat manfaat yang banyak.

Rabu, 20 Januari 2010

Mulia dan hina

Orang jahil tidak akan mulia, orang yang berilmu tidak akan dihina dan orang yang bersededekah tidak akan papa.

Selasa, 19 Januari 2010

Belajar guna akal

Apa yang paling penting dipelajari oleh manusia ialah belajar menggunakan akal fikiran, bagaimana menggunakan pancaindera, menggunakan kekuatan dan kesihatan tubuh badan dan sebagainya dengan cara yang diridai oleh Allah.

Isnin, 18 Januari 2010

Baca dan tulis

Modal untuk menulis adalah dengan banyak membaca. Cara untuk menambah wawasan diri ialah dengan banyak membaca. Kemampuan menulis tidak dapat dipisahkan dengan kegiatan membaca. Sebelum mampu menulis kita mesti banyak membaca. Yang penting ialah membaca dan menulis mesti seiring. Barulah ilmu akan sentiasa bertambah dan bercambah.

Ahad, 17 Januari 2010

Tambah ilmu

Orang yang berilmu adalah orang yang bijak. Dan akan jadi lebih bijak sekiranya terus menambah ilmu.

Khamis, 7 Januari 2010

Bahagia di alam barzakh

Ulama yang bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya ialah mereka yang telah berhasil menyebarkan ilmu pengetahuannya untuk kepentingan masyarakat. Mereka akan berbahagia di alam barzakh hingga hari kiamat sekiranya ilmunya itu dimanfaatkan oleh orang lain.

Rabu, 6 Januari 2010

Kritik tulisan

Seseorang yang tidak mahu menulis sesuatu ilmu yang diketahuinya akan mengkritik penulisan orang lain dengan mengatakan, “Kalau ayatnya diubah begini tentu lebih baik, kalau ditambah perkataan ini tentu lebih menarik dan kalau tidak dibuat begini tentu lebih cantik.” Oleh itu sebarkan ilmu yang anda ada dan teruslah menulis, jangan takut dikritik. Dan bagi para pengkritik, cubalah menulis kerana anda juga akan dikritik nanti.

Selasa, 5 Januari 2010

Nasihat B. Bayan

Burung Bayan bertutur, “ Belajarlah ketika masih muda supaya senang dihari tua. Belajar hendaklah secara berguru dan pergi mengadap guru. Ketika belajar hendaklah sentiasa bertanya apa-apa yang tidak difahami supaya jelas dan nyata.”

Isnin, 4 Januari 2010

Rezeki melipah ruah

Allah akan menambah rezeki yang melimpah ruah terhadap orang-orang yang memberi sedekah kepada para pelajar yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu.

Ahad, 3 Januari 2010

Buku motivasi

Banyakkan membaca buku yang berunsurkan motivasi dan pengalaman hidup dan bergaullah dengan orang yang berfikiran positif dan berilmu. Ini akan meningkatkan keyakinan diri anda.

Sabtu, 2 Januari 2010

Kejayaan maksima

Untuk meningkatkan keyakinan diri, maka ilmu dan kemahiran perlu ditingkatkan terlebih dahulu supaya mencapai kajayaan yang maksima.