Sabtu, 27 Jun 2009

Dunia aman

Dunia akan aman sekiranya mempunyai:
1- Pemimpin yang adil.
2- Ilmu yang disebarkan dengan meluas oleh para intelek.
3- Orang-orang kaya yang pemurah dan suka menderma.
4- Ahli koperat yang menjalankan perniagaan dengan amanah dan penuh tanggungjawab.
5- Belia yang sihat dan cergas, berjiwa berani, aktif dan produktif.

Khamis, 25 Jun 2009

Dengki? Kurang ilmu

Capailah kemasyhuran dengan cara yang betul dan bebas. Jangan dengki pada kemasyhuran dan pencapaian orang lain. Orang yang dengki melihat keuntungan dan kemasyhuran orang lain itu tandanya ia kurang ilmu dan berpengetahuan sempit.

Isnin, 22 Jun 2009

Rahmat Tuhan

Cara mendapatkan rahmat dan kasih sayang Tuhan ialah melalui ketaatan anda kepada segala suruhan dan perintahNya. Ketaatan akan diperolehi dengan keimanan yang teguh.Dan keimanan hanya akan terasa dengan ilmu dan pengetahuan.

Ahad, 21 Jun 2009

Aura ilmu

Sesiapa yang suka berkawan dan mendekatkan diri dengan para intelektual, sudah pasti Allah akan menambahkan ilmu dan kedudukannya setaraf dengan mereka

Isnin, 15 Jun 2009

Aura ilmu

Bergaullah dengan para intelektual supaya anda mendapat aura daripada ilmunya.

Ahad, 14 Jun 2009

Simpanan buku

Banyaknya simpanan buku pengetahuan dirumah seseorang itu mencerminkan betapa unggul dan inteleknya penghuni rumah itu.

Jumaat, 12 Jun 2009

Abdullah bin al-Mubarak telah ditanya, "Sekiranya kamu mengetahui bahawa kamu akan mati pada petang ini, maka apakah yang kamu akan lakukan?" Beliau menjawab "Saya akan pergi belajar untuk menambah ilmu."

Ahad, 7 Jun 2009

Kebenaran empat perkara

Empat perkara yang mesti diakui kebenaranya iaitu:
- Ilmu pengetahuan ialah simpanan yang paling berguna.
- Adat ialah sesuatu yang paling beruntung.
- Akal ialah kawan yang paling baik.
- Kematian adalah suatu benda ghaib yang paling dekat.

Jumaat, 5 Jun 2009

Bangsa yang maju

Kemajuan dan kedaulatan sesuatu bangsa adalah lahir daripada sikap bangsa yang banyak membaca dan berilmu pengetahuan.

Khamis, 4 Jun 2009

Manusia sejati

Untuk menjadi manusia yang sejati, hati dan fikiran mestilah dididik dengan mencintai ilmu pengetahuan, supaya perasaan akan menjadi lebih sensitif dengan keadaan sekeliling dan kehidupan akan terisi dengan fikiran yang positif.

Rabu, 3 Jun 2009

Iman dan amal

Beriman dan beramal perlukan ilmu yang cukup. Ilmu hanya diperolehi dengan cara belajar. Beriman sahaja tidak berguna kalau tidak beramal. Dan banyak beramal juga tidak berguna kalau tidak ikhlas.

Selasa, 2 Jun 2009

Jiwa berkarat

Jiwa yang tidak digilap dengan ilmu pengetahuan, maka ia akan sakit dan berkarat. Kalau sampai 40 hari tidak di masukan dengan ilmu pengetahuan maka jiwa itu akan mati)

Isnin, 1 Jun 2009

senjata ilmu

Berurusan dengan penulisan lebih banyak untungnya daripada berurusan dengan senjata.