Isnin, 31 Ogos 2009

Jauh dari hakikat

Setiap bertambah luas pengetahuan manusia dan bertambah ma’rifatnya, hendaklah ia meyakini bahawa dirinya adalah semakin bertambah jauh dari hakikat dan semakin sukar untuk mencapainya

Rabu, 12 Ogos 2009

Banyak tahu makin pandai

Makin banyak anda mengetahui, makin pandai. Semakin banyak pengetahuan anda, semakin banyak yang anda hasilkan.

Selasa, 11 Ogos 2009

Lima tindakan

Lima tindakan yang wajar kita perhatikan:
Jangan harap kita akan maju dan berjaya dengan cara menahan kemajuan dan kejayaan orang lain.
Jangan menyesali tentang kejadian yang tidak dapat diubah lagi.
Percayalah bahawa setiap sesuatu pekerjaan yang terhasil adalah dengan jasa dan tenaga kita yang menyumbangnya.
Adalah suatu kesilapan sekiranya kita memaksa orang lain supaya berfikir dan bertindak seperti kita sendiri.

Tambahkan pengetahuan dan tajamkan fikiran dengan cara membaca.