Kunci ilmu
Membaca menghasilkan pengetahuan, maklumat dan
ilmu. Membaca merupakan kunci agama dan menghasilkan nilai pengetahuan yang
tinggi. Dengan membaca akan memberi laluan mudah untuk mencapai tamadun dan
kemajuan bangsa. Dengan ilmu pengetahuanlah, sempurnanya kelahiran seorang
manusia didunia ini yang akan memberi kebaikan kepada dirinya sendiri dan
kepada masyarakat seluruhnya.
Manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi
khalifah dan memakmurkan bumi. Tanpa ilmu yang tinggi tamadun tidak akan berlaku.
Salah satu daripada sumber ilmu adalah membaca. Wahyu pertama yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. untuk umat akhir zaman ini ialah membaca (Iqra’).
Umat-umat terdahulu mencapai tamadun dengan pendekatan
yang berbeza daripada zaman ini. Saranan supaya banyak membaca untuk kemajuan sangat
sesuai dengan teknologi terkini.


