Isnin, 14 November 2011

Banyak bertanya

        Banyak bertanya

Pepatah India menyatakan,  “Semakin banyak bertanya semakin bertambah ilmu.”

Pepatah Melayu menyatakan, “Malu bertanya sesat jalan.”

Jangan malu untuk bertanya sesuatu yang kita tidak tahu kerana sifat malu pada perkara yang baik akan merugikan diri sendiri. Bahkan kita akan semakin cerdik dan pandai sekiranya kita banyak bertanya dan berbincang. Jangan jadi orang yang bodoh sombong yang tidak tahu apa-apa tetapi malu untuk bertanya.



1-            Kuasa ilmu.

Ilmu pengetahuan dan harta kekayaan dapat menutup segala kelemahan, kekurangan, kecacatan dan keaiban. Kejahilan dan kemiskinan pula akan mendedahkan segala keaiban dan keburukan.

Ilmu pengetahuanlah yang dapat mengangkat darjat seseorang sehingga orang sekeliling tidak nampak kekurangan diri yang ada padanya. Tetapi  bagi orang yang bodoh dan miskin sentiasa dicari kelemahan dan kesalahan mereka. Maka berusahalah kita untuk menjadi manusia yang terbaik dari segi ilmu pengetahuan dan kedudukan sosial.