Rabu, 30 Disember 2009
Yang subur dan yang layu
Perbezaan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu seperti tumbuhan yang hijau dan subur dikelilingi oleh tumbuhan yang kering dan layu.
Selasa, 29 Disember 2009
Berilmu tetapi tidak beriman
Fenomena keganasan, peperangan, dan pembunuhan sesama manusia yang terjadi di dunia sekarang ini adalah dilakukan oleh ``orang-orang yang sedang berkuasa, yang berilmu tetapi tidak beriman.
Isnin, 28 Disember 2009
Budaya penduduk
Kehormatan sesebuah negara itu adalah kemuliaan dan budaya penduduk mereka yang berilmu pengetahuan.
Khamis, 24 Disember 2009
Ilmu untuk dunia dan akhirat
Orang-orang berilmu yang paling bijak ialah yang dapat memanfaatkan ilmunya untuk kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat dalam erti kata yang lebih luas memberi manfaat untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Rabu, 23 Disember 2009
Hadiah ilmu
Tiada hadiah yang paling bernilai daripada seseorang kepada seseorang yang lain selain daripada sepatah kata yang baik dan berhikmah iaitu ilmu.
Selasa, 22 Disember 2009
Nasihat merpati
Berkata burung merpati kepada kawan-kawan burungnya yang lain”Ayuhlah kita menuntut ilmu dan terus belajar untuk menolong dan memajukan masyarakat kita.”
Isnin, 21 Disember 2009
Keindahan ilmu
Kecantikan itu tidak terletak pada perhiasan yang dipakai tetapi kecantikan itu ialah keindahan ilmu dan adab sopan.
Langgan:
Ulasan (Atom)

