Selasa, 29 November 2011

5. ...sambungan Antara ilmu dan harta


…sambungan Antara ilmu dan harta
-Harta memberi kekayaan hanya kepada jasmani, tetapi pengetahuan memberi kekayaan rohani.    Harta, sekiranya diberikan atau dibelanjakan akan semakin berkurang, sedangkan pengetahuan, apabila diberikan akan semakin bertambah.
-Bagi jasmani, apabila sudah makan akan terasa kenyang,akan tetapi bagi rohani semakin bertambah ilmu terasa semakin inginkan lagi.
-Harta, semakin dipakai semakin usang,tetapi ilmu pengetahuan apabila dipakai atau diamalkan semakin bercahaya.
-Harta akan ditinggalkan didunia, tetapi ilmu pengetahuan akan dibawa keakhirat.
Memiliki ilmu adalah peluang yang amat luas untuk maju di dunia dan beruntung di akhirat. Ilmu itu teramat luas sehingga tidak ada manusia yang dapat menjangkau keluasan ilmu Allah s.w.t. Walau bagaimana pun kita digalakan belajar selagi mampu dan terus belajar.

Sabtu, 26 November 2011

Antara ilmu dan harta


         Antara ilmu dan harta


Anda boleh pilih antara harta dengan ilmu pengetahuan.
-Harta dapat dicuri tetapi pengetahuan tidak dapat dicuri.
-Orang kaya banyak musuhnya, tetapi orang yang berilmu pengetahuan mendapat banyak kawan.
-Orang yang kaya sentiasa mengalami kesusahan, tetapi orang yang berilmu selalu gembira.
-Harta akan menyusahkan sedangkan ilmu pengetahuan memberi kesenangan.
-Ilmu pengetahuan dapat menjaga dan mengawal kita sedangkan harta, kita yang harus menjaga dan mengawalnya.
Pelajaran tersangat penting untuk keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Kehidupan orang-orang terpelajar jauh lebih baik daripada orang kaya yang tidak terdidik. Harta akan habis dalam sekelip mata tanpa perancangan yang rapi. Hanya orang-orang terpelajar sahaja yang dapat mengawal harta dengan baik.

Jumaat, 25 November 2011

Ilmuan


            Ilmuan


Manusia yang paling dekat dengan para nabi ialah para ilmuan dan pejuang jihad. Kerana ilmuan diibaratkan sebagai tempat rujukan risalah rasul. Adapun pejuang jihad ialah mereka yang mempertahankan segala ajaran rasul.
Orang-orang bijak pandai atau para intelek merupakan golongan yang menjadi idola pada masyarakat. Merekalah yang menjadi tempat untuk merujuk sesuatu masalah yang berlaku dalam masyarakat. Segala persoalan dunia dan akhirat menjadi tanggungjawab para intelek untuk menghibahkannya.
Selain daripada golongan intelek, manusia juga memerlukan pejuang jihad atau orang yang berani untuk mempertahankan ajaran yang telah dibawa oleh para rasul. Islam yang kita anuti hari ini telah dipertahankan oleh golongan-golongan yang berani sehingga kita dapat merasai nikmat Islam dan iman dengan sempurna.

Rabu, 23 November 2011

…sambungan adab menuntut ilmu


sambungan adab menuntut ilmu
8. Menyibarkan ilmu yang dipelajari dan mengajarnya kepada orang ramai.
9. Amalkan hidup secara zuhud.
10. Digalakan menjaga waktu. Jangan membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
11. Muzakarah / perbincangan / study group ialah cara yang paling berkesan untuk menghafaz supaya ilmu tidak hilang dan tidak lupa.
12. Sentiasa menjaga peribadi dan malu umtuk melakukan keburukan.
13. Carilah kawan yang baik yang sama-sama cintakan ilmu.
Ilmu adalah perhiasan hidup. Tanpa ilmu, keburukan dan kecacatan akan terserlah. Setiap tutur  kata dan tingkah laku seseorang menunjukan tahap kecerdikan dan kejahilannya. Kawan dan sahabat juga menentukan kedudukan dan darjat seseorang. Ilmu dapat dikongsi dan akhlak baik akan menjadi ikutan dengan mendekatkan diri bersama para ilmuan.

Jumaat, 18 November 2011

… sambungan adab menuntut ilmu


… sambungan adab menuntut ilmu


7. Jujur dan amanah. Perlu diingat, ada beberapa perkara yang
dianggap khianat semasa menuntut ilmu iaitu:
- Tidak hati-hati ketika menerima ilmu. Lain yang didengar,
lain yang ditulis.
- Jangan diteruskan dengan kesilapan. Sekiranya diketahui salah atau ragu-ragu tentang kesahihan sesuatu yang dipelajari hendaklah dirujuk kepada yang lebih mengetahui.
- Jangan meniru ketika menghadapi ujian untuk mendapatkan sijil kelulusan yang tinggi, sedangkan dengan sijil itu digunakan untuk mendapat tempat terbaik ketika diterima untuk mengajar. Amanah adalah perhiasan ilmu.
Begitulah pentingnya amalan banyak bertanya kerana dengan cara banyak bertanya kita akan mendapat penjelasan dan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu masaalah atau kesulitan. Jangan amalkan sikap suka menipu atau meniru ketika menghadapi ujian semata-mata untuk mendapat kelulusan yang tinggi atau untuk mendapat sijil yang bagus sedangkan dengan sijil itu kita gunakan untuk mendapat tempat yang terbaik. Jujur dan amanah sangat penting untuk keberkatan ilmu.
bersambung....