Selasa, 13 Disember 2011

Burung intelektual


Burung intelektual


Burung tempua, walaupun tubuhnya kecil, tetapi tidak ada burung yang lebih pandai membuat sarang sepertinya. Sarangnya itu dibuat daripada daun buluh yang dikoyak-koyak halus seperti rambut , diikat dengan kuat. Jika setahun pun hujan turun atau jikalau direndam dalam air sekalipun, air tidak boleh masuk kedalamnya. Pintunya dibuat dari sebelah bawah. Didalamnya ada pula biliknya bersekat, tempat ia tidur. Pada waktu malam, ia mencari kelip-kelip, diletakan dalam biliknya itu. Oleh sebab ia takut kelip-kelip itu terbang, dibubuhnya pula kabu-kabu sedikit diatasnya supaya kelip-kelip itu tidak boleh terbang. Itulah menjadi lampunya....
Cerdikkan burung tempua tu?