Ahad, 26 Julai 2009
Bodoh sombong
Jika kita rasa masih lagi kekurangan ilmu dan masih belum tahu apa-apa, itu tandanya kita ada harapan untuk menjadi seorang intelek. Tetapi kalau kita rasa kita sudah terlalu pandai dalam semua perkara, ini tandanya kita hampir mundur dan ketinggalan dalam semua urusan. Perumpamaan Melayu mengatakan "Bodoh sombong". Manusia akan menjadi sempurna dengan memiliki pengetahuan, pengalaman dan sentiasa belajar supaya mempunyai ilmu yang tinggi.
Jumaat, 24 Julai 2009
Manfaat ilmu
Ilmu yang paling baik ialah ilmu yang paling banyak memberikan faedah kepada pemiliknya.
Isnin, 20 Julai 2009
Ilmu menghidupkan Islam
Ilmu merupakan roh yang menghidupkan agama Islam dan merupakan tunggak keimanan. Sesiapa yang mengajar satu ilmu, Allah akan memberikan pahalanya. Sesiapa yang mengamalkan ilmu yang didapatinya, Allah akan menambahkan lagi bermacam-macam ilmu kepadanya.
Ahad, 19 Julai 2009
Ilmu yang mahal
Ilmu merupakan suatu milik yang paling mahal dan tinggi nilainya.
Jumaat, 17 Julai 2009
Gemar membaca akan maju
Hanya bangsa yang mempunyai minat atau kegemaran membaca yang paling tinggi sahaja, yang akan menjadi satu bangsa yang besar dan maju.
Rabu, 15 Julai 2009
Hati seperti pisau

Hati diumpamakan seperti pisau dan pengetahuan diumpamakan seperti batu asahan. Apabila pisau tidak diasah tentu ia akan tumpul dan berkarat. Hati yang tidak diisi dengan ilmu akan menjadi kering dan kosong serta keras. Orang yang tidak mahu belajar sudah tentu dia tidak dapat mengajar.
Ahad, 12 Julai 2009
Berjalan dalam gelap
Orang yang tidak berilmu seperti berjalan dalam kegelapan tanpa tujuan. Orang yang tidak terus menerus menambah ilmu, bererti kalah dalam perjuangan hidup.
Ahad, 5 Julai 2009
Tanda intelektual
Tanda-tanda orang yang cerdik dan intelektual ada empat iaitu:
- Banyak membaca dan terlalu cinta kepada ilmu pengetahuan.
- Wajah dan sikapnya tidak berubah apabila menerima pujian.
- Menjawab setiap soalan yang diberikan dengan bernas dan tenang.
- Mempunyai sifat yang jujur dan ikhlas.
- Banyak membaca dan terlalu cinta kepada ilmu pengetahuan.
- Wajah dan sikapnya tidak berubah apabila menerima pujian.
- Menjawab setiap soalan yang diberikan dengan bernas dan tenang.
- Mempunyai sifat yang jujur dan ikhlas.
Rabu, 1 Julai 2009
Kegagalan banyak ilmu
Setiap kali mengalami kegagalan dan kesulitan, pasti tersembunyi banyak pengalaman, rahsia-rahsia serta nasihat yang berharga. Maka orang yang banyak mengalaminya maka banyaklah ilmunya.
Langgan:
Ulasan (Atom)

