Rabu, 11 Mei 2011

Ilmu yang luas

Ilmu yang luas
Biar bagaimana luas sekalipun pengetahuan manusia, di atasnya tetap ada yang lebih berpengetahuan lagi. Keadaan ini terus berjalan sehinggalah kita tiba ke suatu tahap dimana terdapat ilmu pengetahuan yang tidak terbatas luasnya; iaitulah ilmu yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. semata-mata.

Jangan berasa angkuh dan sombong dengan hanya memiliki ilmu yang sedikit. Setinggi mana pun pencapaian pelajaran anda namun anda masih lagi tidak tahu apa-apa berbanding dengan ilmu Allah yang melebihi tujuh air laut untuk dijadikan dakwat bagi mencatat segalanya.

Tunduk dan sujudlah kepada Allah yang memiliki segalanya dan mohonlah kepadanya agar dikurniakan sedikit daripada ilmu-ilmuNya yang maha luas.