Jumaat, 27 Mei 2011

Belajar jangan gopoh

Belajar jangan gopoh
Sentiasalah berhubung dengan guru untuk mendapatkan ilmunya, walaupun sedikit tetapi ambillah apa yang dia miliki sehingga anda mendapat ilmu yang lebih banyak. Anda mesti menghormati dan mengkaguminya. Anda mesti menumpukan perhatian kepada para intelektual dan hasil karya mereka. Belajarlah dengan sabar, jangan gopoh. Sesiapa yang merasa seronok berjalan untuk mencari ilmu maka ia akan mendapat kemuliaan dan penghormatan dari orang sekeliling. Sesiapa yang tidak berusaha sudah tentu dia tidak akan berjaya.

Apabila merasa susah untuk memahami sesuatu, jangan dibiarkan. Teruskan bertanya guru untuk memahaminya dengan jelas. Sebenarnya guru lebih suka menjawab pertanyaan muridnya kerana ini menunjukan bahawa murid itu begitu berminat terhadap pelajaran.

Tiada ulasan: