Isnin, 30 Mei 2011

Iman dan ilmu bersatu

Iman dan ilmu bersatu
Apabila iman dan ilmu disatukan maka tujuan hidup akan sempurna dan lengkap. Kehormatan manusia akan terpelihara melalui akhlak yang mulia dan diridai Allah.

Seorang intelektual yang tinggi ilmunya tidak bermakna ia seorang yang baik dan berakhlak tanpa mempunyai iman yang teguh yang dapat membentuk peribadinya selaras dengan tuntutan Islam. Hanya iman dan taqwa sahaja dapat menjadikan seorang insan itu mulia disisi Allah dan masyarakat kerana dengan memahami konsep keimanan ia akan terus belajar dan menambah ilmu untuk keperluan dunia dan bekalan hari akhirat nanti.

Tiada ulasan: