Berilmu
Orang-orang yang dapat
bergaul dengan masyarakat tanpa segan silu ialah orang yang:
-Berilmu pengetahuan
-Orang yang tinggi akhlak
-Orang yang sihat.
-Berilmu pengetahuan
-Orang yang tinggi akhlak
-Orang yang sihat.
Orang yang cerdik dan pintar mempunyai jati diri yang tinggi. Mereka
tidak merasa segan dan rendah diri untuk bergaul dengan segenap golongan masyarakat.
Mereka dapat berbual dan berbincang dalam topik yang berbagai kerana mereka tahu
banyak perkara.
Orang yang cerdik dan pintar juga mempunyai akhlak yang baik dan
budibahasa yang sedap di pandang mata. Mereka senang didekati dan mudah mesra.
Selain daripada berilmu pengetahuan yang tinggi dan akhlak yang baik, orang yang tidak malu bergaul dengan
masyarakat ialah orang yang mempunyai kesihatan yang baik. Orang-orang yang sihat
walafiat akan merasa senang dan yakin dengan penampilan dirinya untuk berada dalam
masyarakat tanpa rasa ragu dan rendah diri.


