Manusia buruk
Manusia yang paling buruk disisi Allah ialah orang yang tidak mahu mendengar, tidak mahu menuturkan dan tidak mahu memahami kebenaran.
Mereka tidak mahu mendengar kebenaran dan nasihat. Mereka tidak mahu menyatakan yang benar dan betul. Mereka tidak mahu memahami perkara yang sebenarnya. Mereka hanya mahukan hiburan dan kehidupan yang santai. Bahkan mereka tidak mahu memikirkan kehidupan masa depan.
Mereka diibaratkan seperti binatang peliharaan atau binatang ternak, walaupun dikurung dalam kandang yang hanya ditutupi dengan pelepah kelapa namun mereka tidak mampu melepaskan diri dari kurungan itu kerana mereka tidak berdaya memikirkan cara untuk melepaskan diri walaupun begitu mudah untuk keluar dari kurungan itu.
Itulah perumpamaan yang Allah buat terhadap orang yang terjerumus kedalam lembah maksiat. Walaupun begitu mudah untuk mereka keluar dari kehidupan itu namun mereka tidak mampu kerana mereka tidak mahu mendengar nasihat, tidak mahu faham tentang kehidupan yang abadi dan tidak mahu memeikirkan akibat perbuatan mereka itu.
Khamis, 12 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan