Hati seperti pisau
Hati diumpamakan seperti pisau dan pengetahuan diumpamakan seperti batu asahan. Apabila pisau tidak diasah tentu ia akan tumpul dan berkarat. Hati yang tidak diisi dengan ilmu akan menjadi kering dan kosong serta keras. Orang yang tidak mahu belajar sudah tentu dia tidak dapat mengajar.
Hati akan berkarat dan tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya tidak diisi dengan ilmu pengetahuan. Ilmulah yang akan membentuk seseorang menjadi manusia yang dapat bertindak dengan siuman berasaskan pertimbangan hati dan akal. Dan orang yang tidak mahu belajar dan menambah ilmu pengetahuan maka dia tidak dapat mengajar orang lain sedangkan mengajar adalah sebarang ilmu walaupun sedikit merupakan amal jariah yang dapat memberi syafaat diakhirat kelak.
Selasa, 26 April 2011
Berjalan dalam gelap
Berjalan dalam gelap
Orang yang tidak berilmu seperti berjalan dalam kegelapan tanpa tujuan. Orang yang tidak terus menerus menambah ilmu, bererti kalah dalam perjuangan hidup.
Belajarlah untuk terus menambah ilmu kerana orang yang kurang ilmu diumpamakan seperti orang yang berjalan dalam kegelapan, seperti hidup dalam gua yang tidak mempunyai lubang langsung untuk dimasuki cahaya matahari untuk kita menembusi dan mencari jalan keluar bagi sesuatu masalah agar kita tidak tersesat dan terbabas untuk menyelesaikan masaalah, dan ilmu diumpamakan seperti cahaya yang berada di hujung jalan yang menerangi dan memudahkan perjalanan hidup kita.

Langgan:
Ulasan (Atom)