Isnin, 19 Disember 2011

Belajar bersama malaikat


Belajar bersama malaikat

Malaikat-malaikat akan singgah dan duduk bersama-sama dengan mereka yang menghadiri majlis-majlis ilmu dan Allah  akan memberkatinya.
Para pelajar, orang-orang yang menuntut ilmu, murid-murid atau apa saja panggilan kepada orang-orang yang belajar akan sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t. dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka, bahkan malaikat akan duduk bersama-sama dengan pelajar-pelajar itu. Begitu mulia kedudukan seorang pelajar yang bersungguh-sungguh mencari keredaan Allah s.w.t. sehingga kedudukan mereka diangkat setaraf dengan kemuliaan dan kepatuhan malaikat.
Perjalanan seorang pelajar untuk menuju ke pusat pengajiannya akan dipermudahkan oleh Allah s..w.t. baginya jalan untuk mencapai syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan dan matinya semasa dalam perjalanan itu dianggap sebagai mati syahid.