Bergurukan syaitan
Belajar hendaklah
dengan cara berguru kerana belajar tanpa guru seolah-olah bergurukan syaitan
kerana syaitan akan menyelewengkan kefahaman kita. Mendapatkan ilmu dengan cara
berguru akan membentuk akhlak yang baik dengan cara meniru akhlak yang ditunjukan
oleh guru tersebut. Guru juga akan membetulkan kesilapan fahaman semasa belajar.
Sekarang zaman siber. Banyak
ilmu yang dapat dipelajari melalui alam siber ini. Belajar apa saja yang dihidangkan
melalui internet ini samada masakan, jahitan, permotoran, sains, teknoloji
dan segala macam ilmu yang ada. Tetapi yang sebaik-baiknya mestilah berguru
iaitu ada perbincangan dan diskusi antara guru dan murid yang dapat menjawab segala
kemusykilan yang timbul. Lebih-lebih lagi ilmu agama yang perlukan bimbingan yang
sempurna agar tidak terseleweng dari nas yang asal. Kerana syaitan sentiasa mengganggu
hati manusia agar was-was dan sentiasa mengajak manusia untuk menyeleweng daripada
kebenaran.


