Rabu, 16 November 2011

…sambungan adab menuntut ilmu


4 . Menghormati para ulama dan majlis ilmu serta meraikan mereka. Antaranya ialah:
- Apabila pelajar mendengar daripada gurunya sesuatu cerita atau masalah yang telah diketahuinya maka apa yang perlu dilakukannya ialah diam dan tidak menyampuk.
- Dilarang melawan atau bertengkar dengan gurunya.
- Dilarang mengemukakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya disoal, melainkan untuk mendapatkan ilmu dan fahaman yang lebih dan berbahas secara betul.
- Di larang mencela ulama semata-mata kerana perbezaan pendapat.
Akhlak beginilah yang patut diamalkan oleh seorang murid untuk mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari. Menghormati guru dan menerima ilmu dengan penuh keinsafan akan menjadikan seseorang murid itu dirahmati Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Ingatkan, sewaktu kita berada didalam kelas atau majlis ilmu, malaikat sentiasa berada bersama kita menjaga dan mendoakan kita.
bersambung...

Adab menuntut ilmu

   Adab menuntut ilmu


Adab menuntut ilmu:
1. Ikhlas terhadap Allah dari segi tutur kata dan amalan.
2. Beramal dengan ilmu itu dan jauhi daripada melakukan maksiat.
3. Tawadu’, iaitu salah satu sifat-
sifat yang diamalkan oleh mukmin sejati.
Untuk mendapat ilmu yang diberkati dunia dan akhirat mestilah belajar dengan ikhlas, tidak ada paksaan dan berazam menggunakan ilmu untuk berbakti kepada agama dan masyarakat. Tidak ada perasaan riak dan takbur serta amalkan sifat merendah diri dengan kelebihan yang kita ada.
Bersambung…