Rabu, 4 Mei 2011

Ilmu menghidupkan Islam

Ilmu menghidupkan Islam
Ilmu merupakan roh yang menghidupkan agama Islam dan merupakan tunggak keimanan. Sesiapa yang mengajar satu ilmu, Allah akan memberikan pahalanya. Sesiapa yang mengamalkan ilmu yang didapatinya, Allah akan menambahkan lagi bermacam-macam ilmu kepadanya.

Jadilah seorang yang suka belajar atau seorang yang suka mengajar kerana ilmulah yang akan mencorakan kehidupan seseorang. Perwatakan manusia dapat dilihat dari segi ilmu yang dipelajarinya. Semakin banyak ilmu yang dipelajarinya maka semakin terserlah peribadinya yang anggun.

Ilmu juga dapat mengawal dan menjaga keimanan seseorang. Ilmu yang banyak membuatkan manusia lebih mengenali Allah yang Maha Pencipta

Tiada ulasan: