Selasa, 31 Mac 2009

Intelektual yang beruntung

Manusia yang paling beruntung dan mendapat pulangan yang paling lumayan sekali ialah orang muslim yang sentiasa membuat kebajikan dan menabur budi, sentiasa menunjuk ajar orang lain apa yang ia tahu dari ilmu-ilmu yang bermanfaat dan yang sentiasa memberi motivasi kepada orang lain agar bersabar dan sanggup menempuh segala rintangan.

Ahad, 29 Mac 2009

Berilmu

Orang-orang yang dapat bergaul dengan masyarakat tanpa segan silu ialah orang yang:
-Berilmu pengetahuan
-Orang yang tinggi akhlak
-Orang yang sihat.

Sabtu, 28 Mac 2009

Ilmuan

Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan berilmu. Para
intelektual yang beriman sahaja diangkat darjatnya oleh Allah menjadi
manusia yang terpilih dan terbaik dikalangan seluruh umat manusia .
Tetapi intelektual yang tidak beriman dengan Allah maka kedudukannya
tidak dii’tiraf oleh Allah
.

Khamis, 26 Mac 2009

Ilmu jalan kesyurga

Sesiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.

Ahad, 22 Mac 2009

Antara ilmu dan harta

Adakah anda rasa menyesal sekarang kerana tidak menjadi orang yang paling kaya? Saya pasti anda tidak menyesal tentang itu tetapi apa yang anda rasa menyesal ialah kerana anda tidak pandai dan tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Sebab itu anda terlalu ingin supaya anak anda belajar rajin-rajin sekarang. Betul tak?.....betul!….. Saya pun rasa begitu.
Itulah kuasa dan kepentingan ilmu yang mengatasi keperluan harta.

Jumaat, 20 Mac 2009

Antara ilmu dan harta

Anda boleh pilih antara harta dengan ilmu pengetahuan. Harta dapat dicuri tetapi pengetahuan tidak dapat dicuri.
-Orang kaya banyak musuh tetapi orang yang berilmu pengetahuan memperolehi banyak kawan.
-Orang yang kaya banyak mengalami kesusahan tetapi orang yang berilmu selalu gembira.
-Harta akibatnya menyusahkan sedangkan ilmu pengetahuan memberi kesenangan.
-Ilmu pengetahuan dapat menjaga dan mengawal kita sedangkan harta, kita yang harus menjaga dan mengawalnya.
-Harta memberi kekayaan hanya kepada jasmani, tetapi pengetahuan memberi kekayaan rohani. Harta, sekiranya diberikan atau dibelanjakan akan semakin berkurang, sedangkan pengetahuan, apabila diberikan akan semakin bertambah.
-Bagi jasmani, apabila sudah makan akan terasa kenyang,akan tetapi bagi rohani semakin bertambah ilmu terasa semakin inginkan lagi.
-Harta, semakin dipakai semakin usang,tetapi ilmu pengetahuan apabila dipakai atau diamalkan semakin bercahaya.
-Harta akan ditinggalkan didunia, tetapi ilmu pengetahuan akan dibawa keakhirat.

Khamis, 19 Mac 2009

Ilmuan

Manusia yang paling dekat dengan para nabi ialah para ilmuan dan pejuang jihad. Para ilmuan diibaratkan sebagai tempat rujukan apa yang disampaikan oleh rasul. Adapun pejuang jihad ialah mereka yang mempertahankan apa yang di sampaikan oleh rasul.

Rabu, 18 Mac 2009

Adab menuntut ilmu

8. Menyibarkan ilmu yang dipelajari dan mengajarnya kepada orang ramai.
9. Amalkan hidup secara zuhud.
10. Digalakan menjaga waktu. Jangan membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
11. Muzakarah / perbincangan / study group ialah cara yang paling berkesan untuk menghafaz supaya ilmu tidak hilang dan tidak lupa.
12. Sentiasa menjaga peribadi dan malu umtuk melakukan keburukan.
13. Carilah kawan yang baik yang sama-sama cintakan ilmu.

Ahad, 15 Mac 2009

adab menuntut ilmu

7. Jujur dan amanah. Perlu diingat ada beberapa perkara yang
dianggap khianat semasa menuntut ilmu iaitu:
- Tidak hati-hati ketika menerima ilmu. Lain yang didengar,
lain yang ditulis.
- Jangan diteruskan dengan kesilapan. Sekiranya diketahui salah atau
ragu-ragu tentang kesahihan sesuatu yang dipelajari hendaklah
dirujuk kepada yang lebih mengetahui.
- Jangan meniru ketika menghadapi ujian untuk mendapatkan sijil
kelulusan yang tinggi, sedangkan dengan sijil itu digunakan untuk
mendapat tempat terbaik ketika diterima untuk mengajar. Amanah adalah
perhiasan ilmu.
bersambung....

Jumaat, 13 Mac 2009

adab menuntut ilmu

5. Bersabar dalam menuntut ilmu.
6. Berusaha untuk menambahkan ilmu dengan cara
- Banyak bertanya.
- Mencatat apa yang dipelajari.
bersambung...

Khamis, 12 Mac 2009

sambungan adab menuntut ilmu

4 . Menghormati para ulama dan majlis ilmu serta meraikan mereka. Antaranya ialah:
- Apabila pelajar mendengar daripada gurunya sesuatu cerita atau masalah yang telah diketahuinya maka apa yang perlu dilakukanya ialah diam dan tidak menyampuk.
- Dilarang melawan atau bertengkar dalam bidang ilmu dengan gurunya
- Dilarang mengemukakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya disoal malainkan untuk mendapatkan ilmu dan fahaman yang lebih dan berbahas secara betul.
- Di larang mencela ulama semata-mata kerana perbezaan pendapat.
bersambung...

Rabu, 11 Mac 2009

Adab menuntut ilmu

Adab menuntut ilmu
1. Ikhlas terhadap Allah dari segi tutur kata dan amalan
2. Beramal dengan ilmu itu dan jauhi daripada melakukan maksiat
3. Tawadu’, iaitu salah satu sifat-sifat yang diamalkan oleh mukmin sejati

adab menuntut ilmu

Adab menuntut ilmu
1. Ikhlas terhadap Allah dari segi tutur kata dan amalan
2. Beramal dengan ilmu itu dan jauhi daripada melakukan maksiat
3. Tawadu’, iaitu salah satu sifat-sifat yang diamalkan oleh mukmin sejati

Ahad, 8 Mac 2009

Pepetah india menyatakan semakin banyak bertanya semakin bertambah ilmu.
Ilmu pengetahuan dan harta kekayaan dapat menutup segala kelemahan, kekurangan dan kecacatan serta keaiban, kejahilan dan kemiskinan akan mendedahkan segala keaiban.
blog ini akan membincangkan tentang kepentingan ilmu dari berbagai sudut. Firman Allah Subhanahu wa ta'ala yang pertama adalah menekankan soal ilmu. oleh itu ayuh kita sama-ssama mencari idea dan galakan supaya masyarakat kita sentiasa membudayakan diri masing-masing untuk sentiasa mencaari ilmu kerana ilmu mesti dituntut sejak dari buaian hingga keliang lahad