Isnin, 16 Januari 2012

Ilmu Allah


Ilmu Allah


Sesiapa yang berkata atau menganggap seseorang itu paling cerdik maka dia adalah seorang yang jahil kerana seseorang itu hanya tahu sedikit daripada ilmu Allah.
Ilmu Allah teramat luas. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatakan dirinya serba tahu dalam segala hal. Dan tidak boleh menganggap atau memuji bahawa seseorang itu cukup tinggi ilmunya kerana ilmunya yang ada hanya setitik daripada keluasan ilmu Allah s.w.t.


Isnin, 9 Januari 2012

Kunci ilmu


Kunci ilmu


Membaca menghasilkan pengetahuan, maklumat dan ilmu. Membaca merupakan kunci agama dan menghasilkan nilai pengetahuan yang tinggi. Dengan membaca akan memberi laluan mudah untuk mencapai tamadun dan kemajuan bangsa. Dengan ilmu pengetahuanlah, sempurnanya kelahiran seorang manusia didunia ini yang akan memberi kebaikan kepada dirinya sendiri dan kepada masyarakat seluruhnya.
Manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah dan memakmurkan bumi. Tanpa ilmu yang tinggi tamadun tidak akan berlaku. Salah satu daripada sumber ilmu adalah membaca. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk umat akhir zaman ini ialah membaca (Iqra’).
Umat-umat terdahulu mencapai tamadun dengan pendekatan yang berbeza daripada zaman ini. Saranan supaya banyak membaca untuk kemajuan sangat sesuai dengan teknologi terkini.


Sabtu, 7 Januari 2012

Lepak berilmu


Lepak berilmu


Ketika duduk-duduk direstoran, sedang menunggu bas, lepak-lepak ditepi jalan atau sedang menyaksikan sesuatu, tambahkan ilmu dengan merenung dan berfikir tentang apa yang anda nampak. Ilmu tidak semestinya didapati dengan cara membaca tetapi dengan apa cara saja asalkan anda menggunakan fikiran.
Jadikan lepak anda sebagai satu masa yang menguntungkan diri anda dan masyarakat seluruhnya. Renung dan ambil iktibar tentang apa yang ada di hadapan anda semoga lepak itu lebih menambahkan ilmu dan mendapat hasil yang lumayan. Anda boleh menulis artikel tentang apa yang anda lihat dan menjualnya atau mengambil gambar dan menjualnya atau mendapat idea perniagaan dari pemerhatian itu.  Maka lepaklah semahunya tanpa merugikan diri sendiri.


Jumaat, 6 Januari 2012

Kemahiran


     Kemahiran


Tambahkan ilmu, belajar setinggi-tingginya sebelum memulakan kata-kata, syarahan atau bertindak melakukan sesuatu. Belajar dan mahir dalam masa lima minit dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan daripada bertindak tanpa kemahiran yang terpaksa dilakukan berulang-kali kerana kurangnya ilmu.
Melakukan sesuatu tanpa mengetahui caranya akan merugikan banyak perkara. Merugikan harta kerana apa yang dibuat tidak menjadi lantas kerja itu terbengkalai dan rosak. Merugikan masa kerana bukan sekejap masa yang dihabiskan untuk membuat sesuatu lalu mesti diulang-ulang membuatnya. Bukankah ini hanya mearugikan masa yang sepatutnya dapat dibuat sekali tetapi terpaksa diulang-ulang membuat kerja yang sama?. Ilmu sangat penting dalam segala tindakan. Belajar lima minit dapat menyelesaikan seribu masalah. 





Khamis, 5 Januari 2012

…sambungan Cara belajar


…sambungan
5. Bersabar dan tabah hati semasa belajar hingga tercapai cita-cita
6. Sabar menempuh kesusahan dan rintangan semasa belajar.
7. Jangan terlalu mendesak guru supaya menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepadanya. Berilah ruang untuk guru menjawab satu persatu.
8. Bertanyalah kepada guru sehingga betul-betul faham.
Banyak halangan-halangan yang akan dihadapi untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran namun dengan berkat kesabaran yang kita pegang pasti akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang demi mencapai cita-cita. Antara halangan yang dihadapi setiap hari ialah untuk bangun pada awal pagi dan gagal menyusun jadual harian.
Banyakkan bertanya apa-apa yang tidak difahami berkenaan pelajaran yang diajar, tetapi jangan terlalu mendesak dan mencabar guru sekiranya guru tidak dapat menjawab. Berilah ruang untuk guru mencari jawapan yang dapat meyakinkan. Tunjukan akhlak yang baik untuk menarik perhatian guru dan mendapat keberkatan ilmunya.


Rabu, 4 Januari 2012

Cara belajar


Cara belajar


Adab yang perlu ada pada seorang pelajar:
1. Jangan bertanya guru ketika guru sedang sibuk atau sedang berurusan dengan sesuatu yang penting.
2. Jangan malu bertanya apa saja semasa belajar.
3. Duduk dalam majlis ilmu / kelas itu sehingga habis pelajaran.
4. Jangan melakukan perkara lain semasa guru sedang mengajar. Tumpukan perhatian sepenuhnya pada guru.
Pelajar mesti pandai mengambil hati guru. Kalau ingin bertanyakan sesuatu mesti tengok situasi guru. Kalau guru sedang sibuk dengan urusan penting maka jangan diganggu nanti guru itu akan memberikan jawapan yang tidak sepatutnya.
 Semasa guru sedang mengajar maka bertanyalah seberapa banyak soalan yang menimbulkan kemusykilan tentang pelajaran yang diajar kerana guru sangat suka sekiranya pelajar banyak bertanya kerana ini bermakna pelajar  itu memberi perhatian terhadap pelajarannya.  
Pelajar juga jangan keluar dari tempat belajar itu semasa guru sedang mengajar sebelum meminta izin kerana ini menunjukan akhlak yang kurang baik kerana tidak menghormati majlis ilmu.
 Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran, jangan buat urusan lain seperti menggunakan telipon atau membaca akhbar dan majalah yang tiada kaitan dengan pelajaran yang sedang diajar.
Bersambung…