Gemar membaca akan maju
Hanya bangsa yang mempunyai minat atau kegemaran membaca yang paling tinggi sahaja, yang akan menjadi satu bangsa yang besar dan maju.
Membaca. Iqra, adalah satu perkataan yang pertama sekali diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai wahyu untuk golongan msnusia terkini, golongan umat Muhammad yang paling maju sekali dalam sejarah umat manusia.
Untuk mencapai kemajuan dan dipandang tinggi, maka ilmulah yang memainkan peranan penting mengangkat darjat sesuatu bangsa. Bukan harta dapat mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa, tetapi ilmu dan kemajuan bangsa tersebut yang digeruni dan hanya bangsa yang maju sahaja dapat menguasai dunia.
Khamis, 28 April 2011
Selasa, 26 April 2011
Hati seperti pisau
Hati seperti pisau
Hati diumpamakan seperti pisau dan pengetahuan diumpamakan seperti batu asahan. Apabila pisau tidak diasah tentu ia akan tumpul dan berkarat. Hati yang tidak diisi dengan ilmu akan menjadi kering dan kosong serta keras. Orang yang tidak mahu belajar sudah tentu dia tidak dapat mengajar.
Hati akan berkarat dan tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya tidak diisi dengan ilmu pengetahuan. Ilmulah yang akan membentuk seseorang menjadi manusia yang dapat bertindak dengan siuman berasaskan pertimbangan hati dan akal. Dan orang yang tidak mahu belajar dan menambah ilmu pengetahuan maka dia tidak dapat mengajar orang lain sedangkan mengajar adalah sebarang ilmu walaupun sedikit merupakan amal jariah yang dapat memberi syafaat diakhirat kelak.

Berjalan dalam gelap
Berjalan dalam gelap
Orang yang tidak berilmu seperti berjalan dalam kegelapan tanpa tujuan. Orang yang tidak terus menerus menambah ilmu, bererti kalah dalam perjuangan hidup.
Belajarlah untuk terus menambah ilmu kerana orang yang kurang ilmu diumpamakan seperti orang yang berjalan dalam kegelapan, seperti hidup dalam gua yang tidak mempunyai lubang langsung untuk dimasuki cahaya matahari untuk kita menembusi dan mencari jalan keluar bagi sesuatu masalah agar kita tidak tersesat dan terbabas untuk menyelesaikan masaalah, dan ilmu diumpamakan seperti cahaya yang berada di hujung jalan yang menerangi dan memudahkan perjalanan hidup kita.

Sabtu, 23 April 2011
Tanda intelektual
Tanda intelektual
Tanda-tanda orang yang cerdik dan intelektual ada empat iaitu:
- Banyak membaca dan terlalu cinta kepada ilmu pengetahuan.
- Wajah dan sikapnya tidak berubah apabila menerima pujian.
- Menjawab setiap soalan yang diberikan dengan bernas dan tenang.
- Mempunyai sifat yang jujur dan ikhlas.
Para intelektual ialah golongan yang sukakan ilmu dan terus mencari ilmu, terus belajar sehingga mereka merasakan diri mereka masih lagi belum mengetahui apa-apa melainkan sedikit sahaja daripada ilmu Tuhan.
Mereka juga tidak bongkak bila menerima pujian.
Menjawab setiap soalan dan pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan tenang, jujur, tepat dan bernas walaupun dikemukakan dengan soalan-soalan yang remeh temeh kerana mereka tahu orang yang bertanya ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi.
Para intelektual juga mempunyai perwatakan yang disenangi oleh masyarakat. Sifat mereka yang ikhlas dan jujur akan menjadi idola kepada masyarakat.

Rabu, 20 April 2011
Kegagalan banyak ilmu
Kegagalan banyak ilmu
Setiap kali mengalami kegagalan dan kesulitan, pasti tersembunyi banyak pengalaman, rahsia-rahsia serta nasihat yang berharga. Maka orang yang banyak mengalaminya maka banyaklah ilmunya.
Setiap kali kita gagal dalam sesuatu pekerjaan atau usaha kita maka kita akan cuba bangkit kembali dan mencuba lagi berpandukan kepada kegagalan yang lepas. sudah tentu pengalaman dari kegagalan yang lepas tidak akan kita ulangi lagi dan kita mencari sesuatu yang baru untuk memperolehi kejayaan. oleh itu kita mendapat pengalaman dan ilmu baru. Ilmu baru inilah yang mematangkan seseorang sehingga ia dapat memberi nasihat kepada orang lain.

Selasa, 19 April 2011
Dunia aman
Dunia aman
Dunia akan aman sekiranya mempunyai:
1- Pemimpin yang adil.
2- Ilmu yang disebarkan dengan meluas oleh para intelek.
3- Orang-orang kaya yang pemurah dan suka menderma.
4- Ahli koperat yang menjalankan perniagaan dengan amanah dan penuh tanggungjawab.
5- Belia yang sihat dan cergas, berjiwa berani, aktif dan produktif.
Inilah antara golongan manusia yang akan menjadikan dunia aman dan selamat didiami oleh seluruh umat manusia. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk melahirkan golongan yang istimewa ini untuk mencapai cita-cita kita mencari kedamaian dunia.

Ahad, 17 April 2011
Dengki? Kurang ilmu
Dengki? Kurang ilmu
Capailah kemasyhuran dengan cara yang betul dan bebas. Jangan dengki pada kemasyhuran dan pencapaian orang lain. Orang yang dengki melihat keuntungan dan kemasyhuran orang lain itu tandanya ia kurang ilmu dan berpengetahuan sempit.
Orang yang mempunyai perasaan dengki terhadap seseorang tidak sekali-kali dapat mencapai kejayaan dalam hidupnya kerana fikirannya hanya untuk mencari jalan menjatuhkan lawannya bukannya berfikir untuk mencapai kejayaan diri sendiri. inilahlah yang menjadikan dirinya tidak berilmu dan berfikiran sempit.

Jumaat, 15 April 2011
Rahmat Tuhan
Rahmat Tuhan
Cara mendapatkan rahmat dan kasih sayang Tuhan ialah melalui ketaatan anda kepada segala suruhan dan perintahNya. Ketaatan akan diperolehi dengan keimanan yang teguh.Dan keimanan hanya akan terasa dengan ilmu dan pengetahuan.
Rahmat Tuhan sangat luas. Tuhan tidak memilih sesiapa untuk dilimpahkan rahmatNya. Hanya orang-orang yang taat kepada perintahnya akan mendapat rahmat yang kekal abadi hingga ke hari akhirat. Iman yang teguh dan ilmu pengetahuan yang luas akan menambahkan lagi rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya.

Khamis, 14 April 2011
aura ilmu
Aura ilmu
Sesiapa yang suka berkawan dan mendekatkan diri dengan para intelektual, sudah pasti Allah akan menambahkan ilmu dan kedudukannya setaraf dengan mereka.
Para intelektual adalah pewaris nabi. Intelektual adalah ulama. Ulama adalah pewaris nabi. Intelektual mempunyai kedudukan yang amat tinggi setaraf dengan para nabi yang menjadi kekasih Allah, yang Allah sayangi dan kasihi. Intelektual adalah idola masyarakat yang sentiasa dipandang mulia dan dihormati. Maka dampingilah mereka untuk mendapat kedudukan yang sama taraf dengan mereka. Sedidkit sebanyak ilmunya akan kita perolehi daripada aura mereka.

Rabu, 13 April 2011
Aura ilmu
Aura ilmu
Bergaullah dengan para intelek supaya anda mendapat aura daripada ilmunya.
Para intelek adalah golongan yang berilmu dan bijak pandai. Biasanya para intelek mempunyai budi pekerti yang istimewa yang menjadi idola masyarakat. Bila bergaul dan berkawan dengan golongan intelek ini sedikit sebanyak daripada auranya akan tempias kepada kita. Oleh itu dampingilah para intelek agar kita dapat sedikit daripada aura mereka.

Selasa, 12 April 2011
Simpanan buku
Simpanan buku
Banyaknya simpanan buku pengetahuan dirumah seseorang itu mencerminkan betapa unggul dan inteleknya penghuni rumah itu.
Sebuah rumah yang banyak menyimpan buku bererti penghuninya seorang yang suka membaca, penghuni yang banyak membaca. Apabila seseorang itu banyak membaca bererti fikirannya sentiasa terbuka dan banyak ilmu serta pengalaman.Orang yang banyak ilmu dan banyak pengalaman adalah orang yang tidak mudah memperlekehkan seseorang yang lain kerana dia berfikir bahawa ia masih lagi kurang ilmu dan belum cukup mahir dan belum cukup bijak. Hanya orang yang merasa dirinya masih bodoh sahaja yang dapat menghormati orang lain.Orang yang tidak suka memperkecilkan orang lain adalah orang yang intelek.

Langgan:
Ulasan (Atom)