Selasa, 3 Januari 2012

Khalifah


Khalifah


Manusia telah diberikan tugas sebagai khalifah dibumi sehingga diberikan dua keistimewaan iaitu kebebasan dan ilmu pengetahuan.
Kebebasan yang sebenar-benarnya ialah kebebasan yang berlandaskan ilmu pengetahuan yang lengkap. Tanpa ilmu yang sempurna manusia akan terbabas melakukan aktiviti terlarang. Setiap kebebasan yang dimiliki manusia mestilah dalam lingkungan hukum dan adat yang mengatur urusan hidupnya agar tidak menyeleweng dari norma tata susila masyarakat sekelliling. Manusia yang bebas merdeka dan matang fikiran inilah yang bakal menjadi khalifah dan pemimpin dunia.