Rabu, 30 Jun 2010
Personaliti sedap dipandang
Modal yang paling besar untuk berjaya ialah personaliti. Faktor sijil, pengalaman dan faktor lain hanya membantu kejayaan, tetapi yang menentukannya ialah personaliti yang sedap dipandang mata.
Selasa, 29 Jun 2010
Personaliti yang hebat
Tindakan seseorang itu dapat mengaplikasikan personalitinya dalam kehidupan seharian. Orang yang mempunyai personaliti yang tinggi dan hebat dapat menempatkan dirinya dalam pergaulan dengan lebih berkesan.
Isnin, 28 Jun 2010
Anggun
Peribadi yang anggun menjadi daya penarik seseorang. Keanggunan seseorang terpancar dari budi pekerti yang tinggi, ilmu pengetahuan yang luas, kesabaran, kecerdasan, tangkas, halus tutur kata dan pandai menjaga perasaan orang lain.
Sabtu, 26 Jun 2010
Kuda dan keldai
Jika dibandingkan antara orang yang berilmu dengan orang jahil seperti orang Islam dan Kufur, manis dan pahit, kuda dan keldai, timur dan barat.
Khamis, 24 Jun 2010
Takut dan taubat
Orang yang takut akan sentiasa bertaubat. Bila sentiasa bertaubat, ia akan banyak beramal. Orang yang banyak beramal, ia akan mendapat rahmat Allah.
Rabu, 23 Jun 2010
Belajar dan bertindak
Jangan terus bertindak, bertindak, bertindak, nanti tersilap langkah. Belajarlah dahulu, kemudian baru bertindak.
Selasa, 22 Jun 2010
Belajar dan bertindak
Belajarlah dan bertindaklah, jangan hanya belajar, belajar, belajar sahaja, ia tidak akan memberikan hasil.
Khamis, 17 Jun 2010
Orang baik
Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang yang paling baik di antara kamu iaitu orang yang bersikap baik terhadap saudara maranya. Tidak ada yang menghormati wanita,kecuali orang yang terhormat dan mulia hati. Dan tidak ada orang yang menghina dan menganggap remeh-temeh ke atas wanita, kecuali orang yang hina dina perangainya.”
Sabtu, 12 Jun 2010
Ubah fikiran
Manusia dapat mengubah hidupnya dengan jalan mengubah cara dia berfikir.
Jumaat, 11 Jun 2010
Bijak! Bijak!
Membalas kebaikan seseorang dengan kejahatan adalah perangai yang paling buruk dan keji.
Membalas kejahatan dengan kejahatan bukan sesuatu yang baik.
Membalas kebaikan dengan kebaikan itu adalah perkara biasa.
Tetapi membalas kejahatan dengan kebaikan adalah satu idea yang paling bijak.
Membalas kejahatan dengan kejahatan bukan sesuatu yang baik.
Membalas kebaikan dengan kebaikan itu adalah perkara biasa.
Tetapi membalas kejahatan dengan kebaikan adalah satu idea yang paling bijak.
Khamis, 10 Jun 2010
Tamak
Orang yang bersifat tamak tidak akan mendapat nikmat Allah, tidak bahagia dan tidak dihormati. Sifat tamak menghilangkan perasaan malu dan jauh dari rahmat Allah.
Selasa, 8 Jun 2010
Fasik dan zuhud
Orang fasik yang pemurah lebih dikasihi Allah daripada orang yang zuhud tetapi kedekut.
Ahad, 6 Jun 2010
Sedar diri cacat
Menyedari tentang kelemahan dan kekurangan diri sendiri merupakan peluang untuk menyerlahkan kesempurnaan diri. Pasti kita akan terus berusaha memperbaiki kekurangan itu. Kalau merasakan diri telah sempurna itu tandanya kita mempunyai banyak kecacatan.
Sabtu, 5 Jun 2010
Sembilan tindakan
Kecerdikan seseorang itu terpancar dari sembilan tindakan berikut:
- Taqwa.
- Selalu bertaubat
- Bertahajud
- Banyak beribadat
- Selalu berpuas hati apa yang dimilikinya
- Pemurah
- Bersopan santun
- Merendah diri
- Taqwa.
- Selalu bertaubat
- Bertahajud
- Banyak beribadat
- Selalu berpuas hati apa yang dimilikinya
- Pemurah
- Bersopan santun
- Merendah diri
Jumaat, 4 Jun 2010
Isi waktu
Waktu yang terluang jangan dibiarkan berlalu begitu saja. Isikan dengan sesuatu yang dapat mendatangkan hasil.
Khamis, 3 Jun 2010
Bakhil kedekut
Sifat kedekut dan bakhil akan memberi kesan kepada sifat seseorang iaitu
1- Suka menganiaya orang lain.
2- Terlalu leka mengumpul kekayaan.
3- Menipu dalam urusan perniagaan.
4- Tidak mahu menegerjakan amal kebajikan.
5- Tidak percaya kepada qada dan qadar Allah.
1- Suka menganiaya orang lain.
2- Terlalu leka mengumpul kekayaan.
3- Menipu dalam urusan perniagaan.
4- Tidak mahu menegerjakan amal kebajikan.
5- Tidak percaya kepada qada dan qadar Allah.
Rabu, 2 Jun 2010
Kambing kena makan
Rasulullah s.a.w bersabda " Akan datang nanti umatku pemimpinnya seperti harimau besar, menteri-menteri mereka seperti harimau kecil, hakim-hakim mereka seperti anjing, rakyat mereka seperti kambing, maka bagaimana kambing akan hidup antara harimau besar, harimau kecil dan anjing.” Kena makanlah jawabnya.
Selasa, 1 Jun 2010
Dengki
Dengki akan mengakibatkan lima perkara:
1- pemarah
2- berdusta
3- berdendam
4- membunuh
5- kufur kepada nikmat Allah.
Oleh itu dengki itu adalah sahabat Qabil dan kekasih iblis.
1- pemarah
2- berdusta
3- berdendam
4- membunuh
5- kufur kepada nikmat Allah.
Oleh itu dengki itu adalah sahabat Qabil dan kekasih iblis.
Langgan:
Ulasan (Atom)

