Selasa, 12 April 2011

Simpanan buku

Simpanan buku
Banyaknya simpanan buku pengetahuan dirumah seseorang itu mencerminkan betapa unggul dan inteleknya penghuni rumah itu.
Sebuah rumah yang banyak menyimpan buku bererti penghuninya seorang yang suka membaca, penghuni yang banyak membaca. Apabila seseorang itu banyak membaca bererti fikirannya sentiasa terbuka dan banyak ilmu serta pengalaman.Orang yang banyak ilmu dan banyak pengalaman adalah orang yang tidak mudah memperlekehkan seseorang yang lain kerana dia berfikir bahawa ia masih lagi kurang ilmu dan belum cukup mahir dan belum cukup bijak. Hanya orang yang merasa dirinya masih bodoh sahaja yang dapat menghormati orang lain.Orang yang tidak suka memperkecilkan orang lain adalah orang yang intelek.

Tiada ulasan: