Hati seperti pisau
Hati diumpamakan seperti pisau dan pengetahuan diumpamakan seperti batu asahan. Apabila pisau tidak diasah tentu ia akan tumpul dan berkarat. Hati yang tidak diisi dengan ilmu akan menjadi kering dan kosong serta keras. Orang yang tidak mahu belajar sudah tentu dia tidak dapat mengajar.
Hati akan berkarat dan tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya tidak diisi dengan ilmu pengetahuan. Ilmulah yang akan membentuk seseorang menjadi manusia yang dapat bertindak dengan siuman berasaskan pertimbangan hati dan akal. Dan orang yang tidak mahu belajar dan menambah ilmu pengetahuan maka dia tidak dapat mengajar orang lain sedangkan mengajar adalah sebarang ilmu walaupun sedikit merupakan amal jariah yang dapat memberi syafaat diakhirat kelak.
Selasa, 26 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan