Khamis, 28 April 2011

Gemar membaca akan maju

Gemar membaca akan maju
Hanya bangsa yang mempunyai minat atau kegemaran membaca yang paling tinggi sahaja, yang akan menjadi satu bangsa yang besar dan maju.

Membaca. Iqra, adalah satu perkataan yang pertama sekali diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai wahyu untuk golongan msnusia terkini, golongan umat Muhammad yang paling maju sekali dalam sejarah umat manusia.

Untuk mencapai kemajuan dan dipandang tinggi, maka ilmulah yang memainkan peranan penting mengangkat darjat sesuatu bangsa. Bukan harta dapat mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa, tetapi ilmu dan kemajuan bangsa tersebut yang digeruni dan hanya bangsa yang maju sahaja dapat menguasai dunia.

Tiada ulasan: