Khamis, 8 Disember 2011

Pulangan yang lumayan


Pulangan yang lumayan
Manusia yang paling beruntung dan mendapat pulangan yang paling lumayan sekali di dunia dan di akhirat ialah orang muslim yang sentiasa membuat kebajikan dan menabur budi, sentiasa menunjuk ajar orang lain apa yang dia tahu dari ilmu-ilmu yang bermanfaat dan yang sentiasa memberi motivasi kepada orang lain agar bersabar dan sanggup menempuh segala rintangan.
Al-Dinun nasihah. Agama itu berasaskan nasihat. Manusia yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam sentiasa memberi nasihat dan teguran serta tunjuk ajar kepada sesama manusia. Amar ma’ruf nahi munkar. Mengajak agar membuat kebaikan dan melarang daripada melakukan kejahatan. Inilah asas pegangan hidup setiap muslim yang mengharapkan keuntungan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. 


Tiada ulasan: