Rabu, 7 Disember 2011

Berilmu


Berilmu


Orang-orang yang dapat bergaul dengan masyarakat tanpa segan silu ialah orang yang:
-Berilmu pengetahuan
-Orang yang tinggi akhlak
-Orang yang sihat.
Orang yang cerdik dan pintar mempunyai jati diri yang tinggi. Mereka tidak merasa segan dan rendah diri untuk bergaul dengan segenap golongan masyarakat. Mereka dapat berbual dan berbincang dalam topik yang berbagai kerana mereka tahu banyak perkara.
Orang yang cerdik dan pintar juga mempunyai akhlak yang baik dan budibahasa yang sedap di pandang mata. Mereka senang didekati dan mudah mesra.
Selain daripada berilmu pengetahuan yang tinggi dan akhlak  yang baik, orang yang tidak malu bergaul dengan masyarakat ialah orang yang mempunyai kesihatan yang baik. Orang-orang yang sihat walafiat akan merasa senang dan yakin dengan penampilan dirinya untuk berada dalam masyarakat tanpa rasa ragu dan rendah diri.


Tiada ulasan: