Ilmuan yang diazab
Manusia yang paling
kuat azabnya dihari kiamat ialah para ilmuan yang tidak mengamalkan ilmu yang
diperolehinya.
Ilmu adalah anugerah Allah s.w.t. kepada hambaNya yang terpilih,
yang diberi kecerdikan akal dan terang hati untuk mudah menerima pelajaran.
Segala ilmu yang dianugerahkan kepada hambaNya yang terpilih mesti
diperaktikan dengan betul agar menjadi ikutan orang ramai kerana para ilmuan atau
intelektual atau ulama ini menjadi idola masyarakat. Apa yang dilakukan oleh golongan
ini akan menjadi ikutan masyarakat. Maka sekiranya golongan ini melakukan perkara-perkara
yang ditegah oleh Allah s.w.t. akan ditiru dan setiap kesalahan yang dilakukan oleh
masyarakat itu akan mendapat dosa dan setiap dosa pasti tempiasnya akan mengenai
golongan ilmuan yang menjadi idola itu.
Sudah semestinya pelopor kepada setiap kesalahan akan terlebih
dahulu menerima balasan.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan