Ilmu beristighfar
Astagh firullah
al-‘azim
Istighfar mempunyai rahsia dan memberi kesan terhadap diri seseorang, masyarakat dan umat. Istighfar memberi kebaikan dan kelebihan kepada seseorang.
Perumpamaan orang yang tidak beristighfar seperti orang yang malas maka dia tidak akan mendapat hasilnya.

Istighfar berarti memohon keampunan Allah s.w.t. Ia merupakan salah
satu daripada wirid harian seseorang mukmin. Rasulullah s.a.w. beristighfar 70 kali
sehari., sedangkan baginda sudah digelar maksom iaitu suci daripada dosa. Bagaimana
dengan manusia yang setiap detik melakukan dosa samada dosa besar atau dosa kecil?.
Beristighfar dapat membersihkan hati setiap mukmin. Sekiranya hati
sudah bersih dan suci, hubungan dengan masyarakat sekeliling akan bertambah erat
kerana tidak ada lagi perasaan curiga dan buruk sangka yang mana perasaan curiga
dan buruk sangka inilah yang banyak menimbulkan masaalah dalam hubungan manusia.
Dimana-mana sahaja atau bila-bila waktu sahaja kita dapat beristighfar.
Kerana ianya begitu mudah dilakukan maka sesiapa yang tidak melakukannya diumpamakan
orang yang sangat malas dan rugi kerana hasil daripada beristighfar itu sangat besar
pengaruhnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan