Belajar dari kecil
Belajarlah dan amalkan ilmu
itu semenjak kecil. Berikan kefahaman ilmu ketika anak-anak masih kecil kerana apabila
sudah besar atau dewasa sukar untuk menerima ilmu.
Kanak-kanak telah diciptakan
oleh Allah s.w.t. sebagai makhluk yang mudah menerima pelajaran dan senang mengikuti
apa yang telah dipelajarinya serta mempunyai daya ingatan yang tinggi.
Berikan ilmu yang berguna
kepada mereka kerana segala apa yang dipelajari sejak kecil akan melekat dalam ingatan
sehingga mereka dewasa. Lebih-lebih lagi dengan ilmu agama yang lengkap akan dapat
mengawal aqidah mereka walau kemana pun mereka pergi.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan